Ser4ngan Balai Polis Ulu Tiram , dua anggota terk0rban baru 2 tahun berkhidmat dalam PDRM

2 anggota polis yang terk0rban diserang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada pagi Jumaat baru memulakan tugas kira-kira dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Fb Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada petang Jumaat.

“Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said merupakan anggota ronda cegah jnayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun.

“Didoakan agar kedua-dua roh Allahy4rham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” ujar kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, seluruh warga PDRM turut menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mngsa.

Terdahulu, melaporkan dua anggota polis m4ut selepas diserang oleh seorang lelaki pada awal pagi Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza mninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel, Muhamad Syafiq Ahmad m4ut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang lagi mngsa, berpangkat koperal yang ditembak suspek kini dilaporkan berada di zon merah di Hspital Sultan Ismail (HSI), Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan suspek berusia 34 tahun yang ditembak m4ti itu merupakan ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *