Sepupu Meracau Awal Pagi Selepas Balik Tengok Jnazah , Otak Mat Rempit Berkecai Rempuh Belakang Lori.

Peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu masih segar dalam ingatan Fahmi (bukan nama sebenar), sehingga membuatkan dia lebih 

berhati-hati setiap kali menziarah orang mninggal dunia.

Sepupu Fahmi m4ut dalam kemalangan di Pahang pada 2013, selepas motosikal dinaikinya merempuh belakang sebuah lori.

Arwh sepupunya iaitu Azam (bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai mekanik memang gemar berlumba motor, malah seluruh ahli keluarga juga sudah penat menasihatinya agar menjauhi aktiviti rempit.

Malang tidak berbau, Azam yang berusia 23 tahun maut di tempat kejadian, malah separuh kakinya hancur akibat digilis tayar lori dalam rempuhan ngeri itu.

Sejurus mendengar khabar duka itu, Fahmi bersama ahli keluarga yang lain terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke sebuah hspital berdekatan untuk diuruskan.

Golongan mat rempit kurang disenangi oleh masyarakat negara ini.

Imbas Fahmi, kisah kemati4n tragis itu turut bertukar ngeri apabila adiknya meracau selepas mereka melihat jnazah Azam sebelum dikebumikan.

“Adik saya ketika itu berusia 16 tahun. Sebahagian ahli keluarga termasuk adik sempat menatap wajah Azam buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Muka arwh nampak lebam kehitaman, matanya juga terbuka sikit.

“Bila sampai rumah, kami berehat dulu. Mak ayah pun termenung, mereka diam saja. Selepas itu baru kami ambil giliran untuk mandi dan bersihkan badan. Saya perasan adik terus tidur, dia tak mandi. Tapi saya pun tak terfikir nak tegur.

“Kehidupan kami berjalan macam biasa. Tapi esoknya adik mula jadi pendiam. Dia hanya duduk dalam bilik, tak nak buka lampu. Kami mula rasa pelik, tapi kami tak syak apa-apa lagi,” ujar Fahmi.

Kemuncak kejadian itu, Fahmi berkata mereka sekeluarga terkejut apabila adiknya meracau sendirian kira-kira pukul 1.30 pagi.

Satu keluarga terkejut apabila adiknya menjerit dengan suara garau seperti monyet bengis yang sedang marah, malah jiran-jiran juga mula datang ke depan rumah untuk bertanyakan apa yang berlaku.

“Masa tu saya tengah tidur dengan adik seorang lagi. Dengar bunyi benda jatuh di ruang tamu. Tiba-tiba dengar suara garau, terus saya keluar. Saya nampak mata adik macam merah, dia menjerit sambil baling barang.

“Paling saya tak boleh lupa, saya dengan ayah cuba pegang badan adik, tapi badan dia rasa panas. Kuat betul tenaganya, sampai ayah jatuh terduduk atas lantai.

“Mujurlah jiran-jiran datang, mereka tolong pegang adik. Selepas ayah azan di penjuru rumah, barulah adik mula tenang,” imbas Fahmi lagi.

Dalam kegelapan malam, bapanya menaiki motosikal untuk memaklumkan perkara tersebut kepada seorang ustaz di kampung mereka.

Selepas dirawat oleh ustaz itu, adik Fahmi kelihatan okay dan mula tenang.

Sebelum berangkat pulang, ustaz turut menegur seluruh ahli keluarga itu kerana mereka kurang peka dengan adab menziarahi orang m4ti, apatah lagi jenazah yang maut dalam keadaan tragis.

Ketika itu barulah Fahmi teringat tentang adiknya yang tidak membersihkan diri sejurus melawat jnazah sepupunya yang m4ut kemal4ngan.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *