“Cara dia layan dan sayang ibu lain macam”Sepanjang kahwin, ini kali pertama Sharifah Zarina tengok suami menangis.

Sepanjang 21 tahun perkahwinan, penyanyi Sharifah Zarina mendedahkan kali pertama dia melihat suaminya menangis adalah semasa pemergian ibu mentua pada 18 Mac lalu.

Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, berkata dia juga sebak apabila melihat suaminya, Buswani Abdillah merayu meminta agar arwah bertahan dan menunggunya pulang sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Saya tak pernah tengok dia menangis… tapi sejak kami di Madinah lagi, dia minta mak dia untuk tunggu sampai dia pulang.

“Saya terkejut kerana selama ini saya tak pernah tengok,” kata Zarina

Zarina berkata demikian mengulas perkongsian video reaksi suaminya setelah menerima berita mengenai keadaan ibunya ketika mereka sedang mengerjakan umrah.

Kata Zarina, mereka mendapat perkhabaran itu ketika dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas mengerjakan ibadah umrah pada pertengahan bulan Mac.

Jelas penyanyi Langit Ketujuh itu, dia memilih untuk memuat naik video tersebut kerana merasakan suaminya layak menerima pujian kerana ikhlas menjaga ibunya.

Kata Zarina lagi, suaminya mengutamakan ibu lebih daripada segalanya.

“Saya pilih untuk muat naik kerana saya rasa dia layak mendapatkan pujian kerana cara dia layan dan sayang ibu dia lain macam.

Zarina mengakui suaminya sangat menyangi Allayarham ibunya.

“Suami saya memang segalanya untuk ibu, ibu itu memang nombor satu bagi dia. Apa-apa saja untuk ibu,” ujarnya.

Allayarham Hajijah Haji Yaman menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di Kuching, Sarawak pada 18 Mac lalu.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *