Seorang Pelajar 0KU Tamat Pengajian Selepas 7 Tahun , Ibu Di Sabah Bersara Awal Pindah Ke Kedah Demi Jaga Anak
Tak mudah untuk menjalani hidup sebagai orang kelainan upaya (0KU) apatah lagi kekurangan diri dimiliki sejak lahir.
Bagaimanapun, Muhd Amirul Asyraf Md Asri, 31, tidak pernah patah semangatnya untuk terus melangkah ke hadapan sehingga berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian.
Berdepan banyak cabaran dan kekangan sepanjang pengajiannya di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Amirul yang menghidap penyakit ceberal palsy ini akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan menghabiskan lapan semester selama tujuh tahun.
“Saya ada masal4h pergerakan (gegaran berterusan) sejak lahir terutama di bahagian lengan. Penyakit ini menyebabkan saya ada masalah micromovement (pergerakan kecil) terutama sekali untuk pegang barang kecil.
“Jadi sepanjang pengajian dari sekolah rendah, saya tak boleh menulis macam orang lain. Sejak Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), saya jawab peperiksaan guna komputer sehinggalah sekarang di universiti.
“Kalau nak suap makan pun saya kena minta tolong orang termasuklah rutin-rutin harian lain. Masa kawan-kawan sibuk dengan urusan mereka, saya kena buat sendiri walaupun susah,” katanya .
Menurutnya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, tahap kesihatan yang tidak menentu merupakan antara penyebab dia terp4ksa menangguhkan
pengajian sebanyak tiga kali dan tidak dapat menghabiskannya selama empat tahun seperti kebanyakan rakan lain.
Amirul juga tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk menyertai program-program yang dianjurkan di kolej bagi membuktikan bahawa dia juga mampu menjalani hidup sama seperti orang lain.
“Kekurangan diri saya bukanlah satu ‘tiket’ untuk saya berjaya dengan mudah. Sama macam pelajar normal lain, saya banyak sertai banyak program dianjurkan oleh kolej dan Fakulti Undang-Undang.
“Saya juga aktif menyertai atau menganjurkan program sama ada sebagai peserta, jawatankuasa atau pengarah. Turut mewakili universiti luar seperti
menjadi peserta mewakili UUM Law School dalam program di Prince of Songkhla Unniversity di Hatt Yai, Thailand.
“Sejak diploma lagi saya memang suka sertai debat, pidato dan acara-acara yang menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dekat UUM. Tapi sejak kesihatan semakin tidak mengizinkan, saya sudah mula kurang aktif berbanding sebelum ini,” jelasnya.
Saya bersyukur apabila tiada sebarang diskriminasi berlaku terhadap saya untuk kejar impian walaupun dalam serba kekurangan.
Jelas anak sulung daripada lima adik beradik ini, dia berasa terharu dengan pencapaian dimiliki apabila akhirnya dapat menggenggam segulung ijazah yang didedikasikan khas buat ibu bapanya yang banyak berkorban.
“Apa yang buatkan saya tak patah semangat tentu sekali keluarga saya yang banyak bagi sokongan dan dorongan untuk saya tamatkan pengajian.
“Sewaktu dua semester terakhir, ibu bapa saya sanggup datang dari Sabah untuk jaga saya dengan menetap di Changlun, Kedah sehinggalah habis belajar.
“Waktu tu ayah sudah pencen. Tapi yang buat saya lagi terharu masa tu apabila ibu sanggup pencen lebih awal demi nak jaga saya,” katanya lagi sambil menambah ibu dan bapanya adalah pesara kerajaan.
Menurut Amirul, dia tidak menyangka video dikongsikan oleh UUM menunjukkan dia sedang berjalan terketar-ketar naik ke pentas untuk menerima ijazah mendapat perhatian ramai.
Dalam pada itu, Amirul meminta agar orang ramai di luar sana mendoakan supaya urusannya untuk menghabiskan latihan dalam kamar (chambering) di Sabah dipermudahkan dan seterusnya dapat menjadi peguam yang berjaya.
“Saya bersyukur apabila tiada sebarang diskriminasi berlaku terhadap saya untuk kejar impian walaupun dalam serba kekurangan.
“Nasihat kepada golongan yang senasib dengan saya atau tidak, jangan pernah putus asa dalam apa jua yang kita ingin kecapi.
“Untuk ibu bapa yang ada anak istimewa macam saya juga, saya pasti anak-anak ini ada kelebihan yang Allah kurniakan jadi jangan pernah putus asa untuk mereka,” katanya lagi.
Sumber:Mstar ,HM