Seorang Parajurit Longlai Bila Tengok Hadiah Yang Diberi , Bapa Sebak Dedah Rahsia . Arwh Ibu Dah Tak Risau Masa Depan Anak Bongsu.
Acara graduasi mahupun pertauliahan pastinya tidak lengkap jika tidak dihadiri insan istimewa terutama ibu dan bapa tercinta.
Begitulah yang dirasai seorang perajurit yang baru menamatkan latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusada), Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.
Menerusi video tular, dia yang segak berpakaian seragam tentera darat tiba-tiba menangis, menggigil dan hampir rebah kerana tidak dapat berdiri selepas membuka hadiah yang diberikan kakaknya.
Malah beberapa individu di sekeliling terpaksa memeluknya bagi mengelakkan dia jatuh semasa memegang hadiah berkenaan.
Senario yang berlaku itu membuatkan seluruh ahli keluarganya turut sebak dan menitiskan air mata.
Momen itu turut meruntun hati 4.7 juta warga maya yang menonton sehingga mendapat lebih 344,000 tanda suka di samping pelbagai komen positif.
Berkongsi kisah di sebalik rakaman video tersebut, Nur Khartinie Mohd Padil berkata, hadiah istimewa pemberian adik-beradiknya itu merupakan bingkai gambar arwah ibu yang meninggal dunia tiga tahun lalu semasa dunia dilanda Covid-19.
“Hidayat merupakan adik bongsu daripada lima beradik dan dia memang minat nak jadi askar sejak zaman sekolah. Dia seorang yang kasar tetapi sangat berlembut dengan ahli keluarga,
cuma tak sangka reaksi dia macam tu sekali selepas tengok gambar arwah mak,” ujarnya.
Mengimbau kisah kehilangan ibu tercinta, dia yang berkhidmat sebagai jurumekap di Kuala Lumpur berkata, adiknya yang mesra disapa Dayat berasa sangat sedih kerana ibu meninggal dalam jagaannya.
Mana tidaknya, pada masa itu negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sesiapa yang meninggal pada masa itu tidak dapat diurus mahupun dilihat oleh ahli keluarga.
“Arwh mninggal masa PKP bulan Ogos 2021. Punca awalnya sebab bisul yang jadi di celah paha selepas ambil vaksin pertama.
“Masa tu mak dan abah perlu berjalan sebab tempat letak kereta jauh dengan tempat vaksin. Jadi, bisul bertambah bengkak sebab geseran yang berlaku… mak pun ada kencing manis, memang sukar baik apabila terdapat luka kecil,” ujarnya yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.
Disebabkan bimbang dengan jangkitan wabak di hspital, mereka memgambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik sahaja.
Bagaimanapun, doktor yang merawat menyarankan supaya mendapatkan rawatan susulan di hospital kerana ibunya menghidap kencing manis.
“Semasa dibawa ke hospital, ujian air liur yang pertama adalah negatif dan mak dibedah… selepas tiga hari rawatan serta pemeriksaan, mak dibenarkan pulang ke rumah.
“Tapi kat rumah nafas mak macam pelik dan tak sedar dipanggil. Bimbang semakin teruk, mereka buat panggilan kecemasan dan pasukan perubatan yang hadir cakap mak mungkin dalam keadaan koma.
Hidayat melihat hadiah-hadiah yang diberikan keluarganya. Gambar kanan: Sebelum pemilihan terakhir.
“Selepas pemeriksaan mak kembali sedar dan dia minta Milo untuk minum macam orang lapar. Tepat pukul 12 tengah malam, keadaan mak kembali koma,” imbasnya lagi.
Melihat keadaan ibu yang beransur pulih membuatkan Dayat meminta izin untuk tidur dan berjanji akan menemaninya semula pada pukul 6 pagi.
Namun selepas dia bangun keesokan hari, keadaan ibu seperti koma semula dan pasukan perubatan yang datang terus membawanya ke hospital.
Pada masa itu, ujian air liur yang dibuat menunjukkan positif Cov1d.
“Sehari berada di hospital, doktor hubungi maklumkan yang mak meninggal dunia semasa dalam tidur,” katanya yang merupakan anak kedua.
Menurut wanita berusia 32 tahun itu lagi, arwah ibunya juga pernah meluahkan rasa bimbang terhadap Dayat sekiranya ditakdirkan dia mninggal dunia lebih awal.
Bukan itu sahaja, arwh juga menyatakan ingin melihat anak bongsunya itu berjaya dalam kehidupan dan tidak membuang masa di kampung halaman.
“Selepas tamat latihan saya tanya abah kenapa dia menangis masa tu (majlis tamat latihan), abah cakap dia kesian pada Dayat sebab selama ini mak ingin melihat dia berjaya.
“Abah beritahu yang mak pernah tanya siapa akan jaga Dayat kalau dia dah tak ada nanti,” tambahnya.
Bagaimanapun ujarnya, selepas momen sedih yang berlaku pada majlis perbarisan tamat latihan itu, adik bongsunya ada bertanyakan kenapa membuat kejutan seperti itu dan dia dimaklumkan tentang keinginan arwah ibu yang mahu melihat dirinya berjaya.
Sumber:hm