Seorang Pakcik Berjambang Putih Licik Menipu , Raih Simpati Berlakon Tolak Motor , Reka Cerita Mahu Ziarah Bapa M4ti Terus Dapat RM150.
Awas scammer tepi lebuh raya!
Demikian peringatan seorang wanita yang mendakwa suaminya dit1pu seorang lelaki dipercayai warga asing di Lebuhraya Guthrie pada Rabu.
Menerusi perkongsian di TikT0k, pengadu berkata suaminya terpedaya selepas bersimpati melihat lelaki yang sudah berumur itu sedang berjalan kaki sambil menolak motosikal di tepi lebuh raya bersama seorang budak lelaki.
“Pakcik berbaju coklat maroon yang bersama anaknya berbaju biru, berjalan kaki di tepi Lebuhraya Guthrie. Suami saya dalam perjalanan ke Shah Alam, berhenti untuk membantu.
“Minyak motor habis, mereka terpaksa menolak motor. Suami saya kebetulan bawa pacuan empat roda (4X4) semalam, angkat naik motor pakcik tu di belakang dan hantar ke stesen minyak berdekatan.
“Bayangkan jumpa mereka di highway Guthrie dari Rawang. Dan stesen minyak terdekat ialah di Shah Alam. Jauh tu nak tolak. Aduh, simpati, kesian,” ujarnya melalui akaun TikT0k Kanda Setia 430.
Tuhan nak tunjuk, baru semalam suami tolong… hari ni dah dapat jawapan yang ditolong tu buat duit dengan simpati rakyat Malaysia.
Menurut wanita itu, suaminya juga sempat bersembang dengan individu berkenaan ketika mereka dalam perjalanan untuk ke stesen minyak di Shah Alam.
Selepas tiba ke destinasi, suami kepada wanita itu turut menghulurkan wang RM150 kepada individu berkenaan kerana bersimpati dengan nasibnya.
“Katanya dia dari Tanjung Malim, menziarahi bapanya yang meninggal dunia, dalam perjalanan ke Jasin. Apabila ditanya, kalau nak ke Jasin, kenapa lalu Guthrie?
“Pakcik memberitahu yang mereka dalam perjalanan ke Klang, kerana ada pusat zakat yang memberi wang kecem4san. Sampai stesen, suami turunkan motornya sambil dibantu beberapa kontraktor yang sedang buat kerja.
“Suami rushing nak kejar urusan di bank, maka ditinggalkan pakcik tu di sana dengan wang tunai RM150. Suami ceritakan pada aku sebelum kami tidur semalam. Meleleh air mata aku sebab simpati dan kesian nasib mereka,” ujarnya lagi.
Tanpa diduga, keesokan harininya wanita itu dan suaminya dipertemukan lagi dengan individu sama, juga di lebuh raya.
Pada ketika itu pasangan suami isteri berkenaan mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan individu tersebut.
“Dalam perjalanan ke utara, di tepi highway Plus selepas R&R Rawang, aku nampak seorang pakcik dengan anak lelaki sedang ditahan brother Proton X50. Aku terus bersuara. Macam sama dengan cerita abang semalam.
“Suami yang sedang memandu menoleh terus menjawab, itu pakcik semalam. Suami rapatkan kereta ke tepi emergency lane dan undurkan kereta. Brother X50 ni dah jadi mngsa baru. Kali ni (buat cerita) mak dia pula m4ti, nak balik ke Batang Kali.
“Apabila ditanya mana duit RM150 semalam, dia boleh minta nombor akaun nak transfer. Banyak pula duit kau ya pakcik. Sempat simpan dalam bank, lepas tu terus cari mngsa baru,” ujar wanita itu lagi menerusi TikT0k.
Tambah wanita itu, pemandu Proton X50 yang ny4ris terpedaya turut meninggikan suara kepada pakcik tersebut kerana menggunakan taktik licik demi mendapatkan wang mudah.
“Pada mulanya brother X50 tu kata tak payah vir4l. Tapi dia tinggikan suara lepas tahu kena t1pu. Marah betul brother tu sebab pakcik menggunakan anak untuk raih simpati. Kesian anak tu, terkebil-kebil tak faham apa berlaku.
“Tak dapat dipastikan identiti sebenar pakcik ini, Malaysia atau R0hingya. Tuhan nak tunjuk, baru semalam suami tolong,
hari ni dah dapat jawapan yang ditolong tu buat duit dengan simpati rakyat Malaysia. Baik hati kita dengan mudah diperguna,” kata wanita itu mengakhiri bicara.
Sumber:Mstar,TT