Seorang Ibu Terpaksa Cur1 Telur Nak Isi Perut 3 Orang , Polis Sebak Bantu Beli Barang Keperluan.
Ibu berusia 44 tahun ditahan kerana mencur1 telur di sebuah pasar mini.
Wanita itu nekad mencur1 telur demi menyara tiga anaknya.
Kejadian berlaku di Pondok Aren, Kota Tangerang Selatan di Banten, Ind0 nesia.
“Ketika soal siasat, suspek nekad mencur1 telur untuk memenuhi keperluan makanannya sekeluarga pada hari itu,” kata Ketua Polis Pondok Aren, Komisioner Bambang Askar Sodiq ketika dihubungi, pada Selasa.
Beliau berkata, polis menerima aduan daripada pasar mini berhubung kejadian itu.
Susulan itu, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.
Inspektor Samsul Hairudin kemudiannya cuba menyelesaikan mas4lah itu dengan baik.
Malah, polis turut membantu untuk membayar telur yang dicur1 susp3k.
Bambang berkata, pihaknya menyokong penuh menyelesaikan masal4h tersebut dengan budi bicara dan secara kekeluargaan.
Pihaknya juga meminta jasa baik pasar mini berkenaan untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
Dia mengakui sebak dengan kejadian itu kerana wanita itu mencuri atas desakan hidup dan memerlukan keperluan harian.
“Si ibu mencuri untuk keperluan harian untuk hidup. Saya pesan kepada anggota supaya membeli keperluan asas dan telur untuk dia dan anak-anaknya,” katanya. – Detik News
Sumber:hm