Rakan terbayang senyuman arwh pramugari MAS, anggap wanita paling sabar“Tutup sudah cerita suka duk4 kau”
Khabar duk4 mengenai pemergian pramugari Malaysia Airlines, Norzana Hanim Hamzah ternyata mengejutkan banyak pihak.
Kesedihan bukan sahaja dirasai ahli keluarga serta saudara-mara, malah ia turut mengundang hiba rakan sekerja arwh.
Menerusi perkongsian di media sosi4l. wanita dikenali sebagai Rina melahirkan rasa sebaknya tatkala mendapat berita tentang pemergian Norzana buat selama-lamanya.
“Rasa sebak. Kau pergi dulu. Wanita yang paling sabar aku pernah jumpa dalam berkawan.
“Banyak kenangan bersama arwh sewaktu sama-sama terbang di awan biru. Tutup sudah cerita suka duk4 kau, sebelum dan selepas berkahwin.
“Al-Fatihah sahabatku, moga Allah tempatkan sahabatku di taman-taman Syurga. Bahagia dan tenang di alam sana, Norzana Hanim Hamzah,” tulisnya menerusi satu hantaran di fb, pada Selasa.
Bagi wanita berusia 46 tahun itu, pemergian Norzana yang mesra disapa Zana merupakan satu kehilangan besar dalam kalangan rakan-rakan.
“Arwh seorang sahabat yang paling suka membantu dan ambil berat. Jika ada rakan-rakan yang ada masal4h, dialah yang pertama contact dan mendengar masalah kawan-kawan dan cuba membantu.
“Dia juga sentiasa ingat hari jadi kawan-kawan dan akan tetap beri ucapan ‘selamat’ walaupun berjauhan kerana sedang bertugas di luar negara.
“Arwh sangat caring orangnya. Teringat wajahnya yang selalu tersenyum,” katanya
Menurut Rina, mereka mula bersahabat ketika sama-sama bertugas di Malaysia Airlines sejak 2008 dan masih berhubung meskipun dia sudah tidak lagi berkhidmat dengan syarikat itu.
“Kali terakhir kami berjumpa adalah beberapa bulan lalu, tapi kali terakhir kami bercakap masa Hari Raya tahun ini. Dia yang call untuk ucap Hari Raya,” ujarnya.
Dia seorang wanita yang kuat… keperibadiannya tetap disenangi.
Menyifatkan arwh Norzana sebagai penyayang, merendah diri dan lemah-lembut, Rina tetap mengingati pesanan yang dikongsi arwah kepadanya.
“Arwh sering berpesan… sebagai wanita, kita kena sentiasa kuat tanpa mengira apa jua situasi yang dihadapi.
“Dia seorang wanita yang kuat. Keperibadiannya tetap sama… disenangi sejak dulu dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan kami,” katanya yang berharap agar urusan membawa pulang jnazah Norzana ke tanah air dipermudahkan.
Difahamkan, keluarga Norzana sedang membuat persiapan bagi urusan membawa pulang jnazah ke tanah air.
Pada Isnin, Malaysia Airlines mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.
“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.
Terdahulu, laman Fb yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.
“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan.
Sumber:FB