Seolah-olah sengaja tunjuk diri, selepas dipandang terus hilang.Gadis terubat rindu jumpa 2 individu mirip arwh datuk di Makkah

Perasaan rindu terhadap insan yang telah tiada di dunia ini sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malah, tiada apa yang dapat kita lakukan untuk mengubati kerinduan itu selain mengirimkan doa dan menziarahi pusara.

Di TikT0k, seorang gadis dikenali sebagai Syahira Mimi, 21, berkata rasa rindu terhadap arwah datuknya terubat selepas dia berkunjung ke Tanah Suci Makkah tahun ini.

Menerusi perkongsian tular itu, dia yang senang disapa Mimi mendakwa terserempak dengan individu yang memiliki wajah mirip arwah datuknya.

“Tiba-tiba pergi umrah jumpa dua orang berlainan yang muka iras tok ayah. Pertama, jumpa depan Kaabah ketika tawaf. Dia mungkin imam Makkah sebab ada penjaga sekeliling beliau.

“Kami macam perlahankan pergerakan nak bagi beliau lalu. At first tu beliau dah pandang kami tapi tak perasan lagi. Kali kedua, perasan muka beliau sama macam arwah tok.

Lama juga dapat tengok masa tu sebab kami lalu sebelah-menyebelah.

“Masa tu beliau terus pandang depan dan tak pandang kami dan terus hilang,” ujarnya yang mengerjakan umrah bersama keluarga pada 29 Februari hingga 11 Mac.

Bercerita lanjut kepada mStar, Mimi berkata kejadian sama berulang sekali lagi di tanah suci Makkah, namun melibatkan individu berbeza.

“Dan seorang lagi jumpa ketika saie, dia di atas skuter. Lama juga dapat tengok masa tu sebab kami lalu sebelah-menyebelah.

“Sampai saya habis dulu saie pun boleh tengok lagi. Kiranya tak hilang macam tu je. Kedua-dua kejadian ini berlaku hari berlainan,” ujarnya lagi.

Menurut Mimi yang berasal dari Kelantan, arwah datuknya meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun lalu.

Hantaran tular itu menerima lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikT0k.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kejadian serupa yang dilalui ahli keluarga mereka ketika berada di tanah suci.

“Pakcik saya jumpa arwh anak dia yang mninggal sewaktu bayi. Jumpa dah besar, tegur ‘Assalamualaikum abah’. Itu saja, sekilas je lepas tu hilang dalam keramaian orang. Niat dari Malaysia lagi nak jumpa anak dia kat sana.

“Arwh ayah pernah beritahu masa dia buat umrah, dia nampak arwh mak. Memang ke mana nampak je. Sampai Malaysia, lepas dua bulan lebih macam tu, ayah pun tak ada.

“Setuju sangat. Waktu saya pergi umrah tahun 2022, saya jumpa sebiji arwah nenek saya. Sangat-sangat mirip.

“Kawan saya, mak dia selalu pergi umrah sebab dia cakap selalu nampak arwh anak dia dekat sana. Dan dengan cara itu saja boleh lepas rindu,” kongsi beberapa netizen.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *