Sempat kembali kepada fitrah, individu dedah Sifu Lentik tak henti sedekah

Kematian usahawan yang juga personaliti media s0sial, Muhammad Irfan Abdullah atau lebih dikenali Sifu Lentik pada Rabu lalu sememangnya mengejutkan ramai terutama di kalangan pengguna TikT0k.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah lelaki berkenaan dikatakan telah menjauhkan diri daripada rakan-rakan pada penghujung hayatnya kerana mahu merahsiakan penyakit yang dihidapi.

Terbaharu, abang kepada Sifu Lentik berkongsi beberapa foto terakhir arwah sewaktu mendapatkan rawatan di hospital yang dilihat hanya terbaring lemah dan lesu.

Dalam hantaran yang sama, si abang menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai telah mendoakan akan adiknya selain sempat mengakui sangat cemburu dengan cara pemergiannya.

“Terima kasih yang mendoakan insan yag baik ini.. cemburu sangat dengan pemergianmu, adikku…

“Berehatlah adikku. Ramai yang mendoakanmu. Al-fatihah,”tulisnya.

Alhamdulillah, sempat kembali kepada fitrah asal

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengetahui arwah sempat kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki jika hendak dibandingkan dengan perwatakan dan penampilannya seperti wanita.

      

Banyak bersedekah dalam senyap

Selain itu ada juga memuji sikap allahyarham yang tidak lokek berkongsi rezeki baik menerusi siaran langsung di aplikasi TikT0k mahupun disebalik lensa kamera.

Malah, pengasas produk kosmetik Sifu Lentik itu dikatakan sering bangun solat malam dan pendedahan tersebut dibuat oleh pesakit yang menghuni di wad yang sama dengannya.

Enam tahun tanpa henti sedekat di rumah anak yatim

Sumber: TikTok abg_sifu, @nanaabdulrazak5