Selesai ibadah haji baru kongsi, tind4kan pelakon Amy Mastura dipuji net1zen
Amy Mastura lu4h rasa syukur apabila selesai menunaikan ibadah haji bersama keluarganya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang berusia 53 tahun itu di laman Instagramnya, dia memohon maaf kerana tid4k pernah berk0ngsi perkembangan ketika mengerjakan rukun Islam kelima tersebut kepada orang ramai.
Bukan itu sahaja, Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak terlib4t yang telah banyak membantu dan membimbingnya menyelesaikan ibadah tersebut.
“Asalamualaikum salam jumaat semua, alhamdulillah akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun islam yang kelima. Semoga Allah menerima ibadah ini.
“Akak minta maaf tak update apa-apa masa akak di mekah. Akak nak ambik kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staff dan petugas Eiman Travel terutama ustaz Zawawi, ustaz Zulkifli,
ustaz Wahairi, ustaz Wadi Anuar dan ustaz-ustaz lain yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan,” katanya.
Dalam pada itu, Amy akui pelbagai cabaran yang perlu dilalui sepanjang mengerjakan ibadah dan berharap Allah berkati serta kurniakan ibadah haji yang mabrur kepadanya.
Amy juga mendoakan agar orang ramai diberi peluang dan rezeki untuk menunaikan umrah atau haji kelak.
“Dugaan memang banyak. Tapi Allah swt rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan Haji mabrur buat semua.
“Akak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat akak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah swt serta direzekikan untuk umrah atau haji nanti,” ujarnya lagi.
Netizen puji cara Amy Mastura
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Amy Mastura yang hanya berkongsi berita tersebut selepas selesai menunaikan haji dan secara tidak langsung dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap ibadah.
Semoga mendapat haji yang mabrur!
Ramai juga meluahkan rasa syukur Amy Mastura dan sekeluarga selamat tiba di tanah air dan mendoakan mereka dikurniakan haji yang mabrur.
Sumber: Amy Mastura