Selepas Suami Mninggal Dunia , Ibu Tunggal Didiagnos Kanser Pula , Cikgu 4 Orang Anak Cekal Buat Kemoterapi Sendirian . Dulu Kemana Saja Berteman.

Dugaan ditempuhi seorang wanita bergelar ibu tunggal ini bukanlah calang-calang.

Ketika dia masih lagi bersedih menerima hakikat kem4tian suami, Noor Hamizah Hang Tuah atau Melor diuji pula dengan kanser payudara triple-negative (TNBC) pada Ogos 2022.

Perjalanan sebagai pejuang kanser turut dikongsikan wanita berusia 38 tahun ini menerusi laman TikT0k yang mendapat perhatian ramai.

“Saya kehilangan suami pada 10 Oktober 2021. Memang sedih dan pilu sangat masa tu. Tak lama lepas kemati4n suami, saya diuji dengan dengan kanser pula.

“Saya didiagnos kanser bulan Ogos 2022 iaitu bulan kelahiran saya. Masa tu rasa ada ketulan dekat payudara. Saya ingat bengk4k susu.

“Tapi ada satu lagi ketulan saya jumpa iaitu dekat kelenjar bawah ketiak. Masa ni saya dah mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena.

“Saya pun pergi buat check up. Punca saya dapat kanser ni mungkin saluran susu tersumbat dan alami stress disorder sebab tr4uma kehilangan suami,” ujarnya .

Dia yang kini menetap di Pahang bersama empat cahaya mata akur dengan takdir dan mula menjalani rawatan kemoterapi.

Namun, luah Melor yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di Jengka, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih apabila mengenangkan suaminya yang tidak lagi dapat menemani dirinya.

Kanser bukan tiket untuk m4ti sebab ‘syarat’ untuk m4ti adalah hidup dan bernyawa.

“Bulan Oktober nanti saya akan jalani cycle kemoterapi yang kelima. Keadaan saya sangat lemah sebab kesan kemoterapi sesi keempat memang agak kuat sikit sampaikan saya demam.

“Sejak hidap kanser ni banyak kesukaran saya hadapi. Ada banyak benda saya nak buat jadi terhad. Dulu ada suami teman setiap kali kena pergi ke mana-mana.

“Sekarang semua saya kena hadapi seorang diri. Tengok orang lain datang buat rawatan suami teman. Ada memori bermain di benak fikiran sebab dulu saya pun macam tu. Sekarang tinggal saya seorang tanpa dia,” ujarnya penuh sebak.

Sebagaimana dikongsikan Melor di TikT0k, video-video kisah hidupnya bertujuan untuk disimpan sebagai sebagai pejuang kanser.

Melor tabah berjuang melawan kanser sendirian tanpa suami di sisi.

Dalam beberapa hantarannya sebelum ini, Melor menceritakan mengenai kesan ubat yang diambil termasuklah kesan sampingan pengambilan morfin.

“Selepas kemoterapi lidah saya mula rasa payau dan kebas. Makanan pun rasa logam dan tak sedap. InsyaAllah semua ni akan kembali seperti asal selepas habis rawatan.

“Sebenarnya saya kongsikan mengenai perjalanan saya ni dengan harapan semoga ia bermanfaat untuk semua yang diuji nasib sama dengan saya.

“Kanser bukan tiket untuk m4ti sebab ‘syarat’ untuk mati adalah hidup dan bernyawa. Jadi selagi ada peluang untuk kita ikhtiar dan berdoa semoga Allah izinkan kita sembuh,” ujarnya lagi.

Sumber:hm