Selepas Setahun Pemergian Adibah Noor , Suki Dan Nikki Palikat Ziarah Kubur Untuk Lepas Rindu.

Selepas setahun pemergian selebriti terkenal Adibah Noor, penyanyi Suki Low dan Nikki Palikat meluangkan masa menziarahi pusara Allahy4rham bagi melepaskan kerinduan.

Biarpun sudah lebih setahun meninggalkan mereka, Suki, 34, berkata kerinduannya terhadap penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini tidak pernah pudar.

“Melepaskan kerinduan… kakakku (Allahyarham Adibah), semoga tenang di sana bersama mereka-mereka yang beriman,” katanya.

Suki dan Nikki melepaskan kerinduan pada Allahyarham.

Suki berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Suki dan Nikki atau Nicolette Louisa Palikat, 38, sebelum ini merupakan rakan seperjuangan Adibah menerusi program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelapan.

Menerusi perkongsian itu juga, difahamkan kunjungan mereka turut ditemani oleh kakak Allahyarham.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen merasa kagum dengan ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka.

“Sahabat setia Suki dan Nikki… tak lupa pada arwah. Moga hubungan keluarga GV kekal utuh sampai bila-bila.

“Terima kasih kerana menziarahi kubur insan terlalu istimewa ini,” tulis netizen.

Adibah meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat kanser ovari pada 18 Jun tahun lalu.

Jnazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai.

Sumber:HM