Selepas Sah Cer4i , Bekas Isteri Hafizd Roshdi Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah.

Bekas isteri kepada pelak0n Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhda Mat Shukri berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu.

Berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram, Shuhada, 29, memohon orang ramai mendoakan agar urusan ibadahnya di sana dipermudahkan.

Malah, sebelum net1zen mempertikaikan pemergiannya itu, Shuhada turut memberitahu dia sudah selesai tempoh edah.

Shuhada ketika berada di KLIA sebelum berangkat menunaikan umrah.

“Ya Allah, aku datang ni… Ya Rasulullah aku datang ni… doakan urusan saya dipermudahkan segalanya insya Allah.

“Harap maklum, jangan risau saya sudah habis edah,” katanya.

Bersama kapsyen berkenaan, dia turut berkongsi foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pakaian lengkap menggayakan persalinan jubah rona tanah.

Pada Khamis lalu, Hafidz dan Shuhada akhirnya sah bercer4i selepas Mahk4mah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor mengesahkan lafaz dibuat aktor berkenaan pada 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Dalam pada itu, Shuhada berharap pengalaman rumah tangga dilalui olehnya itu dapat dijadikan contoh kepada wanita lain agar mereka tidak berdepan isu sama.

“Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang suk4r ketika ini, banyakkan bersabar.

Shuhada terus kuat demi anak-anak.

“Saya tahu perasaan itu sangat p3dih dan perit tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.

“Dugaan yang saya terima adalah ujian, supaya saya kuat dan jadi contoh untuk anak-anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Sumber:mstar