Selepas 3 Bulan Timang Cahaya Mata Sulung , Akhirnya Remy Ishak Dedah Wajak Tuah Alam

Remy Ishak dan isteri buat pertama kali berkongsi wajah anak sulungnya iaitu Tuah Alam untuk tatapan umum.

Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Tuah dalam dirinya dan isteri, Ezza Yusof.

“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup ayah dan bonda,” katanya.

Remy mendedahkan wajah anak kesayangannya itu dalam satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Remy yang memakai baju kemeja bercorak kotak dilihat tersenyum sambil memberikan ciuman di pipi anaknya.

Sementara itu, menerusi hantaran yang dibuat isterinya, Ezza berharap netizen dapat mendoakan yang p0sitif untuk keluarga kecil mereka.

“Kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” ujarnya.

Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Selepas tiga minggu menimang cahaya mata, Remy akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu yang dikatakan mempunyai unsur kemelayuan.

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *