Selalu Travel Di India , Lelaki Ini Selamba Guna Bahasa Melayu Raih Perhatian Netizen.

Meskipun segelintir 0rang memandang rendah kepada negara India ekoran video-video penyediaan street food mereka yang kurang menjaga kebersihan, namun Tuan Fakhrul Aizat Agos Lokman sedikit sebanyak seakan mengubah stereotaip ini. 

Menerusi TikT0k, dia kerap berkongsikan 1001 pengalaman menarik sewaktu pergi melancong ke sana.

Berani mencuba makanan-makanan jalanan di India

Makanan jalanan yang dicuba dengan penuh berani sebenarnya sangat-sangat sedap dan ada kalanya kena tekak pelancong Malaysia. 

Bukan sahaja dari aspek makanan, lelaki ini turut merakam keindahan seni bina bangunan, budaya setempat, kerja-kerja harian penduduk di sana serta lokasi pendalaman yang cukup memukau pandangan.

Lebih menarik lagi, dia spontan bertutur menggunakan Bahasa Melayu ketika bertemu dengan peniaga-peniaga di tepi jalan. 

Meskipun kedua-duanya tidak faham bahasa masing-masing, inilah elemen yang membuatkan video Fakhrul sering meraih ratusan ribu jumlah tontonan setiap kali dimuat naik ke lama media sosial. 

Sikap terbukanya ketika menyantuni masyarakat di sana dilihat sebagai perkara yang cukup menarik.

Meskipun perbualan Fakhrul dan orang-orang di India diibratkan umpama ayam dan itik, rata-rata net1zen memberikan respon positif kepada video-video berkenaan. Mereka cukup terhibur dengan dan sentiasa ternanti-nantikan gelagat lelaki ini.

Sumber:Fakhrul Aizat , HM