Tak kekok, sekumpulan pemuda bantu rakan berkerusi roda turun tangga“Sahabat hingga syurga..”

“Moga menjadi asbab sahabat hingga syurga,”demikian perkongsian seorang pengguna TikT0k

Baru-baru ini, tular satu hantaran menyentuh perasaan wrganet mengenai nilai sebuah persahabatan sewaktu menghadiri majlis perkahwinan.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki berkerusi roda sedang berada di atas pentas pelamin majlis rakannya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila sekumpulan pemuda bertindak mendahului rakan mereka yang berkerusi roda yang dilihat mahu menuruni pentas tersebut.

“Sahabat hingga syurga..”
Mereka kemudiannya dilihat bersahaja dan tidak kekok membantu angkat rakan yang berkerusi roda untuk turun tangga.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, seorang individu dipercayai saudara kepada lelaki berkenaan memberitahu abangnya dikenali

Hariz Zamri mengalami masalah saraf tunjang tersumbat sehingga mengakibatkan dirinya tidak boleh berjalan sehingga sekarang.

Nilai sahabat sebenar..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan baik hati pemuda-pemuda tersebut yang prihatin terhadap rakan mereka yang berkerusi roda itu.

Malah, warganet juga mendoakan agar persahabatan sekumpulan pemuda berkenaan berpanjangan dan saling menghargai antara satu sama lain.

Dalam pada warganet memuji sikap baik hati, orang ramai juga kagum melihat kod etika pemakaian mereka yang dikatakan kemas untuk ke majlis perkahwinan.

Sumber: hm