Tepis d4kwaan hantar sekolah swasta membazir, anak Fatin Afeefa dapat 11 A dalam exam

Fatin Afeefa menghantar anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia ke sekolah swasta akhirnya berbaloi apabila kanak-kanak itu berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, 29, berkata, sebelum ini ada segelintir individu yang berpendapat tind4kan menghantar anak ke sekolah swasta adalah satu pembaziran namun Ivy berjaya mendapat keputusan cemerlang 11 A.

“Sekolah mana-mana sama sahaja, mengada saja nak belajar di sekolah swasta. Tuisyen semua membazir.

“Terbaik Ivy, salam 11A 1 B,” katanya.

Fatin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Fatin turut memuat naik slip keputusan peperiksaan anaknya yang mengambil 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Konstruk Diniyyah, Feqah, Jawi, Sirah, Tajwid dan Tauhid.

Sebelum ini, Fatin menerusi siaran secara langsung di TikT0k menafikan dakwaan tidak menghantar anak ke sekolah.

Kata Fatin, dia mempunyai bukti pembayaran bagi kos pendidikan Ivy dengan membelanjakan RM40,000 untuk kemasukan ke sekolah antarabangsa.

Sumber:HM