Sekolah Dah Buka , Dr Halina Sambung Rutin Ajar Anak Flash Card”Seminggu Dah Muhammad Cuti”

Seminggu bercuti, hari ini anak-anak kita sudah pun kembali semula ke sek0lah meneruskan pembelajaran mereka. Anak kepada pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina turut sama kembali ke sekolah.

Berkongsi cerita mengenai kisah cuti sekolah akui Dr Halina, rumahnya cukup meriah dan riuh dengan anak-anak yang bercuti.

Dan hari ini kesemuanya telah kembali ke rutin harian mereka termasuklah si kecil, Sheikh Muhammad yang baru berusia hampir dua bulan.

Si comel Baby Sheikh Muhammad rupanya sejak dari awal lagi sudah dilatih daya r4ngsangannya mata dan mindanya dengan menggunakan flash card di rumah.

Menerusi Instagramnya, isteri kepada Dr Sheikh Muszahphar, turut berkongsi cerita kisah bayi comelnya yang kini semakin membesar.

“School is back in session! Seminggu dah Muhammad cuti sekolah.

“Abang & kakak semua kat rumah, meriah sungguh macam circus. Hari ni semua dah start sekolah termasuklah Muhammad,” ujar Dr Halina berseloroh.

Menurut perkongsian Dr Halina, anak kecilnya itu kini turut dirangsang mindanya dengan menggunakan flash cards malah turut dirangsang fizikal tubuhnya dengan aktiviti tummy time serta urutan.

“We do flash cards, tummy time, massage when he is in a good mood. Bila dah lapar, susu again and nap,” kongsinya.

Menjawab pertanyaan pengikutnya di ruangan komen, kongsi Dr Halina lagi, dua aktiviti ini sudah pun boleh dilakukan lebih awal ketika bayi baru lahir.

“3 month dah boleh nampak color dah.

“They can see clearly and sharp by 6 month old. But i kiasu i start awal and besides i tak de flash cards lain dah. Hahaha.. nanti soh bapak dia buat second edition pulak,” tulisnya menjawab pertanyaan pengikutnya.

Terdahulu, Dr Halina selamat mel4hirkan anak ketujuhnya pada tanggal 12 Julai 2023.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *