Segala Persiapan Majlis Pertunangan Esok Sudah Siap , Tak Sangka Arwh Kemalangan.

“Mereka sepatutnya melangsungkan pertunangan esok tapi tak sangka bakal tunang anak saudara saya mningg4l dunia dalam kemal4ngan malam tadi, ” kata Amri Ali, 32.

Amri adalah bapa saudara kepada Nurul Syifa Ahmad Shukri, 26, yang terselamat dalam kemal4ngan di Kilometer 20.7 Lebuhraya Utara Selatan, selepas lampu isyarat Asun, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun bakal tunang Nurul Syifa, Mohd Khairulnizam Abdullah, 25, mningg4l dunia dalam kemal4ngan yang berlaku jam 9.40 malam tadi.

Kemal4ngan dipercayai berlaku Toyota Hilux dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terlanggar pokok dan terbalik.

Amri berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 10.30 malam selepas dimaklumkan rakan kerana arwh bekerja di bengkel kereta milik rakannya.

Katanya, namun dia tidak menyangka ketika itu mngsa bersama anak saudaranya yang juga anak kakak sulungnya.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Pulau Pinang kerana Nurul Syifa bekerja di sana untuk pulang ke rumahnya di Kampung Penia, Mukim Malau, di sini.

“Saya difahamkan mereka singgah makan sebelum pulang ke rumah dan ketika kejadian hujan lebat.

“Segala persiapan untuk majlis pertunangan esok sudah dibuat tetapi tak sangka kejadian ini berlaku namun kami sekeluarga reda,” katanya yang menyifatkan arwh Mohd Khairulnizam seorang yang baik.

Katanya, sebaik mengetahui mengenai kemal4ngan itu, dia segera ke Unit F0rensik Hspital Jitra untuk melihat keadaan jnazah.

“Nurul Syifa kini sedang dir4wat di Hspital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana mengalami kec3deraan patah paha kanan serta luk4 di bibir serta telinga,” katanya.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemal4ngan berlaku ketika mngsa yang memandu dari Pulau Pinang hendak menghala ke Changlun.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu yang ketika itu sedang bergerak terus di lorong kanan secara tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri lalu terlanggar pada beberapa batang pokok dan terbalik.

“Akibat perlanggaran itu, mngsa disahkan mningg4l dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan dihantar ke Hspital Jitra untuk menerima rawatan.

“Myat dibawa ke F0rensik Hspital Jitra dan kes disiasat mengikut S3ksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya

Sumber:hm