Sebuah Rumah Kampung Selera T20 Cuma Ada 1 Bilik Tidur ,Keluarga Ini Selesa Tinggal Di Kediaman Canggih Ala Iron Man

Luarannya hanya sebuah rumah kampung, namun siapa sangka di dalamnya dilengkapi dengan sistem teknologi canggih seperti kediaman pintar.

“Hey Google, turn on toilet,” kata se0rang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di dapur yang memberi arahan supaya lampu tandas dipasangkan.

“Alright turning on the toilet light,” kedengaran ‘suara’ peranti yang telah diaktifkan membalas arahan sambil lampu tandas menyala serta-merta.

Di sebalik video tular yang meraih pujian netiz3n itu, rumah kampung yang canggih tersebut didiami pasangan suami isteri di Kampung Bukit Sekilau di Kuantan, Pahang.

Berkongsi cerita, Mohd Suib Farouk Zolkefli mengakui kediaman yang didiami bersama isteri, Athirah Aina Ab Razak sejak kira-kira empat tahun lalu sekadar rumah kampung yang cukup ringkas dan dilengkapi satu bilik tidur sahaja.

Mesra disapa Suib, dia berkata, rumah tersebut telah diubah suai sedikit tetapi masih mengekalkan ciri seperti kebanyakan rumah kampung.

“Rumah ni tak besar, ada satu bilik je. Siling tak ada, macam rumah kampung. Nak digambarkan macam rumah setinggan ya sebab berdindingkan kayu-kayu lama.

“Memang kecil je rumah ni. Ruang makan pun di dapur. Tapi kami selesa tinggal bersama anak-anak di sini,” katanya .

Mengenai sistem rumah pintar atau smart home di kediamannya, lelaki berusia 29 tahun itu berkata dia mendapat inspirasi daripada teknologi canggih di rumah Tony Stark lakonan aktor Hollywood Robert Downey Jr menerusi filem adiwira popular, Iron Man.

Sumber:Mstar