Sebak , Suami Mninggal Dunia Selepas 20 Hari Ditidurkan . Isteri Kering Air Mata Langsung Tak Menangis.
Seorang wanita dikenali sebagai Nuraien Nor, 35, meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang kisah kemati4n arwh suaminya di media sosi4l.
Menurut Nuraien, dia aktif berkongsi pengalaman dengan netizen dan berharap apa yang dilaluinya sejak 2017 boleh memberi inspirasi kepada kaum Hawa yang mungkin berdepan situasi sama, satu masa nanti.
“Arwh suami saya, Mohd Noor Zairie Nordin mninggal pada 27 Jun 2017. Punca mninggal adalah kemalangan di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Arwh dirawat di Hspital Kota Tinggi dan juga Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
“Arwh berada di hspital selama 20 hari dan menghembuskan nafas terakhir pada hari raya ketiga tahun 2017. Kebanyakan orang kenal saya sejak arwh kemalangan. Saya banyak berkongsi di Fb. Memang ramai yang ikuti kisah saya di sana.
“Apabila aktif di TikT0k, saya kongsi juga di TikTok. Mana tahu asbab kisah saya, boleh beri persediaan awal buat wanita lain. Tak sangka boleh viral, niat nak kongsi sedikit ilmu yang saya tahu,” ujarnya .
Saya sendiri tak pernah bersedia, tapi Allah sentiasa beri ujian kepada hambanya yang mampu.
Bercerita tentang tempoh 20 hari di hospital, Nuraien berkata dia terpaksa kuat kerana memikirkan dua anaknya yang masih kecil pada waktu itu.
Imbas Nuraien lagi, dia juga sempat menangis sepuas-puasnya ketika melawat suaminya di hospital sebelum dikejutkan dengan berita kematian pada keesokan harinya.
“Yang memberi saya kekuatan adalah saya dah lihat arwh di hospital hampir 20 hari. Saya nampak betapa sakitnya dia, walaupun dia ditidurkan. Setiap hari saya minta Allah kuatkan saya. Saya sentiasa pandang muka anak-anak saya.
“Pada hari raya kedua, saya melawat seorang diri. Saya tak tahu la kenapa ketika tu, saya menangis macam apa dengan dia. Sampai tersedu sedan. Arwah juga menagis ketika tu. Bagaikan saya tengah berbual dengan dia. Padahal dia ditidurkan.
“Petang saya balik macam biasa, malam dapat call arwah dah nazak. Ketika tu saya bagai dah tak ada air mata. Bagai air mata dah kering. Rupanya itu yang terakhir saya bersama dengan dia,” ceritanya lagi.
Menurut Nuraien lagi, dia sendiri tidak pernah bersedia untuk berdepan hari menyedihkan itu, namun percaya apa yang berlaku merupakan takdir yang tertulis untuk dia dan anak-anaknya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berharap perkongsiannya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain.
Dalam temubual sama, Nuraien juga sempat berpesan kepada wanita lain agar bersedia untuk berdepan situasi itu suatu hari nanti
“Saya sendiri tak pernah bersedia. Tapi Allah sentiasa beri ujian kepada hambanya yang mampu. Apa jua ujian yang datang. Teruskan sahaja. Kalau ada anak-anak, fikir tentang mereka.
“Sebab mereka hanya ada kita, kalau kita tak boleh berdiri. Bagaimana pula mereka? Duduk dan bertenang. Atur kehidupan sebaiknya dan sentiasalah dekat dengan Allah.
InsyaAllah bukan sahaja awak akan lebih tenang, tapi kehidupan awak pasti akan lebih baik.
“Tiada siapa yang pinta untuk diberi ujian kematian. Lagi pula kematian suami. Saya dengar, kehilangan suami ni adalah kesakitan terpaling perit dalam hidup. Jadi jangan takut, doa banyak-banyak.
“Kalau dah terpaksa tempuh. Tempuh dengan sabar. Insya-Allah ada sinarnya nanti,” ujarnya nanti.
Tambah Nuraien, dia bangkit dalam masa tujuh hari dan terus memulakan perniagaan makanan tambahan demi menyara hidup bersama putera dan puterinya.
Di TikT0k, video-video Nuraien yang berkongsi tentang kisah hidupnya turut meraih ratusan ribu tontonan dan dihujani banyak komen, khususnya daripada kaum Hawa.
Sumber:Mstar,TT