Sebak baca nota tulisan ibu, tak marah keputusan SPM anak kurang baik… Pesan minta sambung belajar, hati2 merantau di KL
SETIAP ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup.
Antara yang sering dijadikan kayu pengukur adalah pencapaian akademik seperti keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Namun begitu, tidak semua anak itu sama dan mereka juga mempunyai kelebihan serta kekur4ngan yang tersendiri.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik pelajar ini.
Begitulah kisahnya melalui satu perk0ngsian di TikT0k apabila seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan.
Walaupun tidak memperoleh apa yang yang diharapkan, si ibu tetap meraikan remaja tersebut dan berbangga dengan anaknya itu.
“Maaf ibu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tak cemerlang seperti orang lain,” kata remaja itu di ruangan kapsyen vide0nya.
Berdasarkan slip keputusan SPM yang dikepilkan, remaja tersebut gagal mendapat gred A dalam sebarang mata pelajaran.
Turut disertakan dalam perkongsian itu adalah sepucuk surat tulisan tangan bersama wang tunai RM100 diberikan si ibu kepada anaknya itu sebagai sokongan moral.
“Assalamualaikum. Kepada anak mak, tahniah mak ucapkan kerana dapat keputusan SPM yang baik. Nanti sambung belajar ya anak. Sambung belajar untuk masa depan.
“Mak dan ayah nak tengok abang berjaya dunia dan akhirat. Abang adalah satu-satunya harapan kami. Nanti pergi Kuala Lumpur buat kerja baik-baik ya. Jaga anak maksu. Kalau rasa tak boleh jaga, balik semula kampung.
“Mak sebenarnya berat nak lepaskan abang pergi kerja jauh-jauh tapi tak apa, mak doakan semoga Allah sentiasa lindungi anak mak ni,” tulis ibu itu kepada anaknya.
Remaja tersebut dipercayai menetap bersama keluarganya di Gurun, Kedah.
Surat tersebut juga dilihat basah dengan titisan air mata daripada remaja yang membacanya itu.
Keputusan SPM yang cemerlang pastinya menjadi impian setiap pelajar. -Gambar hiasan
“Mak tak dapat nak bagi hadiah besar-besar dekat abang. Ini mak bagi RM100 untuk hadiah SPM abang. Mak tak dapat bagi banyak sebab mak bukanlah kerja pangkat tinggi.
“Abang ada cakap nak beli barang-barang abang yang tak cukup. Abang ambil la duit ni pergi beli esok.
“Mak sayangkan abang,” ujar ibu itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan mereka menginginkan untuk mempunyai seorang ibu yang tahu untuk menghargai usaha anak.
“Syukur bang, saya dapat banyak A pun masih nak dibanding-bandingkan. Nak kata peluk dan ucap tahniah pun jauh sekali. Tapi itulah hargai mak ayah selagi ada.
Sebahagian komen warga maya.
“Saya dapat 6A SPM. Ayah saya boleh kata dia tak puas hati, dia nak straight A juga. Hanya senyuman palsu saya boleh balas. Saya ingat saya dah mampu banggakan ayah rupanya tidak.
“Terima kasih yang sanggup pujuk, peluk dan usap hati rapuh saya. Kata bukan sebarang kata, tapi apakan daya wujudnya manusia ego. Tidak memikirkan perasaan anak yang telah berusaha,” kata sebahagian warga maya.
Warga maya lain pula memberikan semangat kepada pemuda itu untuk meneruskan kehidupan dan tidak putus harapan.
“Kau boleh bro menjadi harapan keluarga. Bukanlah beban tapi jadikan itu semangat untuk terus berusaha.
“Jaga mak kau baik-baik bro, bukan senang nak dapat mak yang tetap boleh sayangkan kita walaupun kita ni tidak berapa pandai dan sebijak seperti yang lain,” kata warga maya.
Sumbar; Mstar