‘Sebaik-baik Pekerjaan Adalah Belajar Dan Mengajar.’ Impian Neelofa Untuk Ajar Mengaji

Sejak mendirikan rumahtangga, selebriti terkenal Noor Neelofa telah mengurangkan aktiviti seninya dan banyak fokus pada perniagaan yang diusahakan bersama suami, PU Riz.

Neelofa juga lebih banyak tampil dalam program yang berkaitan ilmu dan talk.

Walaupun sudah mengecapi pelbagai kejayaan dan pencapaian serta dilihat semakin maju dalam menguruskan perniagaannya namun Neelofa mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk menjadi seorang guru yang boleh mengajar mengaji.

“Alhamdulillah okay, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi, impian-impian tu tapi yang tak tercapai lagi (kalau) pekerjaan yang saya nak buatlah.”

“Sebab kan ada hadis cakap, ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar dan mengajar (ilmu al-Quran).”

“Dan saya nak lah reti belajar mengaji dan ajar mengaji pula, hah macamtu. Itu impian saya lah kan.”

Tambah Neelofa lagi, dia tidak kisah sekiranya hanya berpeluang untuk mengajar beberapa orang sahaja asalkan impiannya itu tercapai.

Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar beberapa orang pun cukuplah sekadar memenuhi impian itu.

Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji jadi, doa-doakanlah.

Dalam pada itu, suami kepada Neelofa, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berpendapat bahawa kesemua impian isteri tercintanya itu sudah pun tercapai kecuali impian untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai perihal agama.

Semoga segala peribadi mulia yang ditunjukkan oleh Neelofa dan suami akan dijadikan contoh untuk masyarakat.

Sumbar; Keluarga