Sebab Terlalu Sibuk Kerja Punca Maryam Kegugur4n , Belum Ada Rezeki Timang Anak Kedua.

Akibat terlalu sibuk bekerja, personaliti media sosi4l iaitu Maryam You Narae mendedahkan dia mengalami kegugur4n pada Mei lalu.

Meskipun kandungan itu masih baharu, Maryam, 31, berkata dia tidak boleh melupakan kenangan manis sepanjang tempoh singkat kehamilan itu.

“Saya alami keguguran bulan Mei lalu, usia kandungan ketika itu baru sahaja cecah tiga minggu… semasa itu saya suka makan dan makan tidak berhenti.

“Saya tahu saya gugur pun selepas keluar dar4h banyak dan lakukan pemeriksaan lanjut.

Maryam anggap kehamilan kedua sebagai kenangan indah.

“Saya rasa sedih kerana kehilangan… saya pun dah beritahu keluarga tentang kehamilan dan mereka semua teruja masa itu,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, suaminya iaitu Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim mengaku teruja apabila mendapat perkhabaran Maryam hamil.

Lebih-lebih lagi sudah lama dia menantikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

Malah, dia juga sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kelahiran anak keduanya itu.

“Saya memang idamkan anak kedua dan saya jangka itu anak lelaki, jadi saya dah buat persiapan.

“Macam pakaian, tab mandi dan sebagainya… sebab masa Rina tak ada peralatan itu semua. jadi kita beli untuk anak kedua ini,” ujarnya.

Saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi.

Meskipun rezeki anak kedua itu tidak memihak mereka, Ryzal berkata dia berlapang dada menerima ketentuan takdir itu.

“Apabila tahu ada pendar4han, saya yakinkan diri ini bukan keguguran cuma pendar4han biasa.

“Mulanya saya anggap mainan perasaan tapi bila buat pemeriksaan doktor cakap dah gugur. Air mata saya berguguran ketika itu.

“Saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi… mungkin sebab persediaan tidak cukup dari segi kewangan atau fizikal,” luahnya.

Ryzal dan Maryam akan lebih berhati-hati selepas ini.

Selepas beberapa bulan berlalu, Ryzal berkata dia dan isteri masih belum mampu melupakan kenangan indah itu.

Malah, sehingga kini dia menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT.

Untuk rekod, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 lalu selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.

Sumber:mstar