“Wajahnya bersih seperti sedang tidur” Sayu tatapan terakhir anak b0ngsu Guru Hasnatul Adilah.

Jnazah cikgu wanita yang m4ut dalam kemalangan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, selamat dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Tangki Air Ramuan China Besar, di sini, pada malam Ahad.

Allahy4rhamah Hasnatul Adilah yang merupakan guru penolong kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM), selamat disemadikan kira-kira jam 8.50 malam disaksikan 300 ahli keluarga dan sahabat handai.

Sebelum itu, solat jnazah ibu kepada lima orang anak diimamkan oleh anak keempatnya, Muzaffar Shah Saifullizan,19, di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar.

Lebih menyedihkan, anak bongsunya, Mohd Farouq, 12, yang terpaksa dipapah oleh adik-beradik yang lain dengan linangan air mata.

Suasana di masjid hiba apabila Mohd Farouq yang memakai baju pesakit tiba di pekarangan masjid selepas solat Maghrib.

Mohd Farouq yang mengalami kec3deraan di kaki dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah arwh dan ditenangkan oleh ahli keluarga.

Menerusi laman sosi4l Fb, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Ermieyati Samsudin, berkongsi berita peng3bumian pendidik itu.

“Jam 8 lebih malam tadi saya mendapat berita dari sahabat-sahabat. Alhamdulillah, jnazah Ustazah Hasnatul Adillah selesai dikebum1kan.

“Ramai yang beri pengh0rmatan terakhir buatnya. Rezeki Ustazah.. wajahnya pun bersih, macam sedang tidur. Allahuakbar, ” katanya.

Selain Allahy4rham, turut m4ut Pembantu Pejabat SK Jeram, Hamzah Ahmad, 60, pemandu kedua bas tersebut, Hadi Ashraf Mad Idris, 29 diikuti guru wanita, Ustazah Dahlia Ahmad, 52.

Dalam kejadian sekitar 1 pagi Ahad, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hil4ng kawalan dan mel4nggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi di Muadzam Shah, Pahang.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Sumber:HM