“Saya Yang Bertanggungjawab” Marissa Dania Mengaku Salah, Minta Usah Libatkan Ibu Bapa.

Anak kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang hangat menjadi bualan sejak semalam selepas terpalit dengan k0ntroversi ‘menyondol’ suami orang akhirnya tampil memberi penjelasan.

Saya meng4ku, saya bersalah

Menerusi kenyataan dimuat naik di platform remaja berusia 18 tahun akui kesilapannya dan mengaku bers4lah mengenai perkara yang tular di media sosi4l sejak semalam.

Namun, tidak semua perkara tul4r tersebut adalah kebenaran dan dirinya tidak perlu menjelaskan semuanya kerana sedar tidak berupaya untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya mengaku, saya bersalah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar. 

“Tapi saya di sini bukanlah mahu mempertahankan diri dengan mengatakan saya tidak bersalah dalam sesetengah kenyataan berbangkit. 

Ia sama sekali tidak adil untuk kamu mendengar dari sebelah pihak disebabkan cerita yang diberitahu kerana bukan 100 peratus adalah benar.

“Tapi, saya tidak perlu untuk meyakinkan dan memuaskan hati semua pihak.

“Saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,”tulisnya.

Ibu bapa tak bersal4h dalam hal ini

Tegas Marissa, segala yang berlaku itu adalah atas perbuatannya sendiri dan bert4nggungjawab bagi menyelesaikan masalah tanpa membabitkan ibu bapanya.

Anak kedua kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim ini berkata, kedua-dua ibunya telah memberikan pendidikan yang terbaik.

Akan tetapi, segala yang berlaku itu adalah atas pilihannya sendiri dan bukanlah mereka.

“Pertama sekali, semuanya yang berlaku adalah atas tanggungjawab jawab saya sendiri. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik.

“Beri pendidikan secukupnya, menegur saya, melarang saya daripada melakukan itu ini dan semuanya yang berlaku adalah atas pilihan saya sendiri. Biar saya selesaikan masalah sendiri dan bukannya ibu bapa,”tegas Marissa.

Dah tiada kaitan dengan pihak sana

Tambah Marissa, dia sudah tidak mempunyai kaitan dengan pihak yang menularkan isu tersebut selain mengatakan urusan peribadinya dan lelaki bernama Aslam hanya mereka berdua sahaja mengetahui.

“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ianya berakhir.

“Saya bersal4h dan saya mengaku. Dan tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memaklumkan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak,”katanya.

Nafi rai kes penceraian Aslam dan Umisya

Dalam pada itu. Marissa turut menafikan dia dan Aslam tidak meraikan sebarang majlis berhubung hantaran tular mengatakan mereka berdua meraikan sesuatu selepas lelaki terb4bit keluar dari mahkamah.

Sumber: Instagram @marissadania_ , OMM