“Saya Silapnya”PU Abu Beri Bayangan Berpisah Dengan Kedua-Dua Isterinya.
Pendakw4h yang pernah mencetuskan kontroversi berkenaan rumah tangganya iaitu PU Abu Sufyan kembali mencari perhatian umum apabila memuat naik beberapa coretan di Insta Story memberi bayangan berkenan perkahwinannya.
Masing-masing ambil keputusan bawa haluan sendiri
Menurut Pu Abu, setelah membuat perbincangan bersama, mereka bertiga mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama.
PU Abu jelaskan kemelut 6 tahun tidak dapat diselesaikan
Ujarnya, tindakan tersebut dibuat selepas pelbagai cubaan telah mereka lalui bersama dan keputusan tersebut tidak ada sebarang kepentingan daripada mana-mana pihak.
Menerut pendakwah terbabit, selepas enam tahun melalui pelbagai kemelut dalam rumah tangga, mereka merasakan jalan ini adalah yang terbaik buat dia dan isteri-isterinya.
PU Abu letak salah pada diri sendiri
Bekas peserta program Pencetus Ummah terbabitu juga mengatakan jika ada pihak tidak bahagia mungkin disebabkan silapnya dan dia enggan membiarkan sesiapa pun sengsara.
Tiada lagi pilihan lain selain dari membawa haluan masing-masing, PU Abu menegaskan yang keutamaan anak-anak tidak akan diabaikan.
Berdoa agar isteri2 dan diri sendiri diberikan jodoh terbaik
Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar Abu Sufyan Mokhtar itu mendoakan agar kedua-dua pasangannya sebelum ini dikurniakan jodoh yang terbaik dan begitu juga dengan dirinya.
Banyak hal yang tidak dapat diceritakan tentang masalah yang berlaku namun memaklumkan banyak tindakan yang dilakukan sebelum ini disalah erti.
Untuk rekod, konflik rumah tangga pendakwah bebas berkenaan telah mendapat perhatian selepas tindakannya menceraikan isteri pertama untuk bersama isteri kedua.
Namun begitu, mereka kembali rujuk dan berlaku beberapa masalah antara mereka sehingga melibatkan mahkamah syariah.
Walau bagaimanapun, sepanjang beberapa tahun kemelut rumah tangga antara mereka, pendakwah berkenaan dan isteri-isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azra telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.
Sumber: abusufyanmoktar,omm