“Saya Ni Baran Tau” Isteri Shuib dikecam dalam video langsung, Talita muncul menyokong Watie.
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sering menjadi sasaran net1zen yang sentiasa kurang senang melihat kebahagian dia bersama anak-anak tirinya.
Bukan sahaja dalam ruangan komen di sosi4l media, malah ada berani menyerang Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, ketika mengadakan sesi live di platform berkenaan.
Tampil mempertahankan ibu tirinya, anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 10, meminta netizen yang memberi kec4man agar tidak masuk ke dalam sesi siaran langsung Watie di TikT0k.
Ada dalam kalangan netizen yang kurang senang melihat kebahagiaan Watie dan Shuib.
“Jaga mulut, jangan buat semak. Keluar semua!
“Saya ini bar4n tau. Mummy (Watie) tak buat apa-apa,” tegas Talita.
Dia memberi komen spontan tersebut ketika bersama Watie dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Ketika sesi berkenaan, Watie sekali lagi berkongsi detik pertemuaan dia dengan Shuib sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.
Bagaimanapun ada pula segelintir yang meninggalkan komen-komen tidak baik terhadap Watie sehingga menyebabkan Talita sendiri merasa kurang senang dengan kec4man tersebut.
Tidak sedikit pun melenting, Watie malah terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Talita ketika itu.
“Saya ada back up,” ujarnya ringkas.
Sumber:Mstar