“Saya Nak Ada Unsur Melayu” Klasik Remy Ishak Dan Isteri Sepakat Beri Nama Anak Tuah Alam.

Tiga minggu menimang cahaya mata, pelakon Remy Ishak akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu.

Remy atau Mohamaad Zalimei Ishak, 41, bersama isterinya iaitu Ezza Yusof sepakat memilih nama Tuah Alam buat anak pertama mereka itu.

Kata Remy, sejak bujang lagi dia mempunyai impian untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

“Masa bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu.

Remy dan Ezza sepakat pilih nama Tuah Alam.

“Saya pilih nama Melayu dan nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan Ezza… dia pun setuju,” katanya.

Remy mended4hkan perkara itu menerusi rancangan Oh Baby Remy pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Remy memberitahu dia dan isteri juga mempunyai beberapa pilihan nama lain sebelum memilih Tuah Alam.

Dia juga menjelaskan pemilihan nama Tuah tiada kena mengena dengan erti kepahlawanan seperti pendapat segelintir pihak.

“Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander.

“Tapi akhir sekali kami pilih Tuah Alam. Nak ada nama campur juga pada awalnya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.

“Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu… ini pendapat individu.

Nama bercampur bahasa lain bukan jiwa Remy.

“Ada orang mahu letak nama Arab… jadi daripada pakai nama Arab baik saya terus pakai Melayu sahaja.

“Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu,” ujarnya.

Pada 27 Julai lalu, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *