“Saya Memang Ke Arah Itu”Cantiknya Nadia Brian Bila Bertudung.

Pelakon Nadia Brian memberitahu dia terkejut melihat penerimaan p0sitif netizen terhadap dirinya apabila berkongsi foto mengayakan imej bertudung di media sosi4l.

Mengulas mengenai perkara itu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashid, 32, berkata dia belum lagi membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya namun meminta peminat mendoakan agar dia kekal dengan penampilan itu satu hari nanti.

“Doakan baik-baik ke arah itu sebab memang saya pun memang nak arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru saja sign k0ntrak untuk drama terbaharu ni.

“Memang belum (pakai) sepenuhnya tapi doakan buat saya… terima kasih banyak kepada yang menyokong, saya pakai tudung ni bukan untuk buat orang ramai suka ke apa tapi langkah pertama ke arah kebaikan.

“Tak sangka ramai yang mesej dan terkejut melihat perubahan imej bertudung ni, saya hargai sangat setiap doa dan kata-kata yang diberikan kepada saya,” kata Nadia .

Dalam perkembangan lain, Nadia kini mula menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) bagi membantu insan- insan yang memerlukan terutamanya rakyat Palestin yang sedang menderita.

Sumber:mtar , hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *