“Saya Hanya Boleh Makan Seperti Bubur”Alami Masalah Jantung , Jalil Hamid Susut 30kg
Pelakon veteran, Jalil Hamid mended4hkan dirinya mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) akibat masal4h kesihatan jantung dan hilang selera makan.
Bahkan, selera makan pelakon berusia 66 tahun itu juga dilaporkan semakin menghilang sejak setahun yang lalu.
Memetik laporan Utusan Online, Jalil berkata, dia akan munt4h setiap kali selepas makan sehingga terpaksa menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.
“Dalam tempoh setahun ini, berat badan turun banyak iaitu sekitar 30kg sebab bila makan, memang akan keluar semula.
“Jadi, saya hanya boleh makan sesuatu yang cair seperti bubur,”ujarnya.
Pemilik nama Abdul Jalil Abdul Hamid berkata, dia juga sudah tidak boleh memandu sehingga memerlukan bantuan isteri untuk pergi ke mana-mana.
Katanya, penurunan berat badan itu telah membuatkan dirinya tidak stabil ketika berjalan.
Mengulas lanjut, Jalil Hamid mengatakan dia disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun lalu.
Sejak hari itu, dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hspital kerana disyaki menghidapi masal4h berkaitan jantung.
“D0ktor ada minta dimasukkan ke wad tapi saya menolak. Alhamdulillah, saya masih okey dan sudah mampu berjalan berbanding sebelum ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila terpilih untuk menerima sumbangan daripada rakan-rakan artis dan pihak zakat, semalam.
Ujarnya, pemberian zakat itu dapat mengurangkan beb4n kewangan yang ditanggung terutama berkaitan perbelanjaan perubatan.
Ini kerana, pelak0n drama Ayahanda itu tidak mahu membebankan anak-anaknya.
“Saya kalau boleh tidak mahu bebankan anak-anak dengan masal4h saya. Mereka juga ada baru bekerja dan berkeluarga ditambah pula kos sara hidup memang tinggi sekarang.
“Sekurang-kurangnya sumbangan sebegini dapatlah meringankan beban saya dan isteri. Ubat jantung saya juga sudah mencecah seribu ringgit,”katanya lagi.
Dah tiga tahun tak berlak0n
Tambah Jalil, sudah hampir tiga tahun dirinya tidak menerima sebarang tawaran lak0nan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Dia juga mengakui rindu untuk beraksi di hadapan kamera kerana dunia lak0nan yang sudah sebati dengan dirinya.
“Sebenarnya hampir tiga tahun saya tidak berlakon. Mungkin saya direhatkan.
“Barangkali produksi juga risau untuk ambil saya berlakon, manalah tahu lepas ‘shooting’ dua, tiga hari sudah ‘gone’ (mninggal dunia).
“Hakikatnya, saya memang tidak boleh tinggalkan dunia lakonan. Kerjaya ini sudah sebati, tidak boleh buat kerja lain lagi,” tuturnya.
jantung Jalil Hamid
Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Mohd. Sori),HM