Saya Dengar Bisik Orang Suruh Terjun Balkoni , Ambil Pisau Rodok Diri Sendiri-Khai Bahar

Penyanyi Khai Bahar mendedahkan dia pernah berdepan masalah kembimbangan atau anxiety yang teruk sekitar awal tahun 2019.

Diserang anxiety

Menerusi temu bual bersama Hlive, Khai berkata disebabkan berasa risau dengan masalah itu, dia terpaksa mengajak abang dan kakak iparnya untuk tinggal bersama memandangkan keadaan mentalnya tidak begitu stabil.

Saya pernah kena anxiety masa 2019, lepas pada kena tu, saya rasa sunyi dekat rumah, tak tahu nak buat apa. Saya ajak abang saya duduk sekali, dia baru ada anak seorang dan isteri tengah hamil anak kedua.

Macam-macam benda saya fikir masa itu, saya kena sebelum PKP, awal 2019. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi murung dan overthinking.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bayang itu turut mendedahkan dia pernah mendengar bisikan ‘jah4t’ yang memintanya untuk terjun balkoni dan menikam diri sendiri dengan pisau setiap kali mahu melelapkan mata.

Setahun lebih saya struggle dengan anxiety, nak tidur tak boleh, rasa sesak nafas. Bila nak tidur, ada dengar macam orang bisik-bisik, ‘apa kena dengan aku ni? dan suruh terjun balkoni la.

Saya sampai simpan pisau dalam almari, sebab kalau saya nampak pisau itu, saya terbayang saya ambil pisau r0dok diri sendiri.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *