Sertai simulasi Haji, anak pelakon Sari Yanti sangka sudah dapat gelaran Hajah buat ramai terhibur

Sari Yanti k0ngsi kisah mencuit hati apabila anak perempuannya, Dariya Inara kecew4 tidak dapat gelaran Hajah selepas melakukan simulasi ibadah Haji bersama rakan-rakannya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 40 tahun itu di laman Instagramnya, kelihatan Dariya menghadiri pr0gram simulasi haji cilik

yang merupakan program pendidikan yang direka khas untuk memberi pended4han awal kepada kanak-kanak berkaitan rukun Islam kelima itu.

Sebaik sahaja program itu selesai, Sari Yanti memberitahu anaknya luah kecew4 apabila dia menyangka sudah mendapat gelaran Hajah namun sebaliknya hanya sekadar latihan.

“Alhamdulillah dah jadi Hajjah Dariya. Bila balik tadi dia tanya betul ke dia dah buat Haji, mama kata tu praktis..

“Dia kecewa betul ” u mean all that is fake ??? ” Yes Dariya tu practice je 😅. I thought everyone should already call me Hajjah..!!! Adohaiii, jadi sekarang bukan makcik dah la. Dia Hajjah,” ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu ini berharap cita-cita anaknya untuk menunaikan haji sekali gus mendapat bergelar Hajah termakbul suatu hari nanti.

“Semoga Allah swt kabulkan cita citamu Anakku. Semoga satu hari nanti kita dan yang membaca dan mendoakan ni dapat Haji mabrur dan redha Allah swt,” katanya.
Sari Yanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Dariya malah ramai yang kagum dengan kebijaksaan anak kecil itu walaupun baru sahaja berusia 6 tahun.

Ramai mendoakan impian Dariya dimakbulkan
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar impian dan hasrat Dariya dimakbulkan Allah kelak dan berharap kanak-kanak itu dapat membesar menjadi seorang wanita muslimah.

Sekadar info, Sari Yanti pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 16 Januari 2009 namun berpisah pada Disember 2014. Hasil perkahwinan itu, dia memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.

Sumber: Sari Yanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *