Sara Keluarga Dengan Hanya Menjual Besi Buruk,Tinggal Dalam Bangsal Yang Jika Dilihat Seakan Tempat Menyimpan Besi Buruk.

Sudah sembilan bulan Nurul Alya Elyanie Mohd Johari bersama suami dan anak perempuan berusia 17 bulan berteduh di bangsal yang jika dilihat dari jauh, ia seakan tempat menyimpan besi burvk.

Bangsal berdindingkan kanvas dan hanya memuatkan sebuah katil yang dialas bangku, sebuah kipas berdiri serta dapur memasak itu dibina di belakang rumah sewa mentuanya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor di sini.

Sebelum ini, tiga beranak berkenaan menumpang mentua bersama lima lagi ahli keluarga lain tetapi disebabkan rumah sewa itu kecil, mereka memutuskan untuk tinggal berasingan.

Nurul Alya, 19, berkata, mereka berhasrat untuk mencari rumah sewa tetapi dengan kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ia sukar untuk direalisasikan.

Katanya, suaminya, Mohd Hafiz Fikri, 22, menyara keluarga hasil menjual besi burvk.

“Jika hujan melanda, air melimpah masuk. Kami juga risau jika hujan lebat berserta angin kencang kerana bangsal ini diikat pada sebatang pokok, kami bimbang bangsal tumbang.

“Jika keadaan agak tidak terkawal, kami akan berlindung di rumah mentua, cuba bertahan dalam keadaan sesak sementara situasi kembali tenang.

“Saya juga jarang memasak di sini kerana risau apinya akan menyambar kanvas sebaliknya membeli nasi bungkus atau tumpang memasak di dapur rumah mentua,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Nurul Alya berkata, dia dan anaknya, Nur Syiffa Humaira, sering mengikut suaminya mencari besi buruk di kawasan pelupusan sampah di Kampug Kok Bedullah di sini, dan pendapatan yang diterima sekitar RM10 hingga RM15 sehari.

Katanya lagi, keadaan mereka semakin genting kerana keluarga mentua sudah beberapa kali diarahkan keluar dari rumah sewa kerana pemiliknya ingin membina rumah lain.

“Ini bermakna kami dua keluarga perlu mencari rumah sewa lain dan dalam keadaan suami serta adik ipar sahaja yang bekerja sebagai pencari besi buruk, 

sangat mustahil untuk kami mampu menyewa rumah baharu yang kadar sewaannya sangat mahal bagi kami,” katanya.

Ibu mentuanya, Noriza Su, 41, berkata, sewa rumah mereka sudah 11 bulan tertunggak disebabkan tidak mampu walaupun kediaman itu hanya disewakan pada kadar RM150 sebulan.

Noriza yang menghidap kencing manis kronik dan buah pinggang tahap empat berkata, mereka kini hanya menunggu masa sahaja untuk dihalau pemilik rumah dan pada masa sama, berdoa supaya ada pihak tampil membantu.

“Saya kerap dimasukkan ke wad kerana pelbagai penyakit termasuk anemia dan dalam keadaan sukar begini, tidak tahu apa yang harus dilakukan terutama apabila mengenangkan cucu yang masih kecil serta dua anak yang bersekolah,” katanya.

Empat jari kaki Noriza juga sudah dipotong akib4t kencing manis.

Sumber:Hm