Sifat Rendah Diri Dato Siti Nurhaliza Terlihat Lagi, Sanggup Turun Semula Dari Kereta Untuk Bergambar Dengan Peminat

Video memperlihatkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sanggup turun dari kereta untuk bergambar dengan peminat telah menyorot perhatian wargamaya.

Turun kereta demi peminat
Menerusi perkongsian video di TikT0k milik @darson_duyongf34, seorang wanita bersama dua anaknya menuju ke kenderaan Siti untuk meminta izin mengambil gambar bersama.

Siti yang ketika itu sudah berada di dalam kereta dilihat turun semula dari kenderaannya untuk memenuhi permintaan wanita berkenaan.

Wanita tersebut dilihat gembira dan tersenyum apabila dapat merakam foto bersama penyanyi kesayangan tanah air itu.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen memuji sifat pelantun lagu Cindai itu yang sangat mesra dan peramah dengan peminatnya.

Selain itu, ada juga segelintir warganet yang ‘makan hati’ apabila wanita berkenaan dapat berjumpa dengan Siti secara berdepan.

Sumber: TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *