“Sampai Sekarang Haprak Tak Minta Maaf”Pelajar Dilempang Rakan , Wanita Kata Itu Karma . Dakwa Dulu Pernah Jadi Mngsa Buli Kakak.
Insiden tular menunjukkan remaja perempuan ditampar beberapa kali oleh rakannya mengundang simpati wrga maya selepas kisahnya dikongsikan se0rang wanita, dipercayai ibunya sendiri.
Bagaimanapun, ciapan seorang wanita membuatkan warga maya ‘menarik’ kembali rasa simpati mereka terhadap mngsa.
Tidak kurang juga yang menyatakan ia kifarah kepada keluarga mngsa buli berkenaan.
Menurut ciapan wanita itu, mngsa did4kwa adik kepada seorang pembuli.
“Anak makcik pun dulu buli saya kat sek0lah, tapi acik backup anak sendiri walaupun anak makcik salah.
“Sekarang anak makcik yang lain kena buli kat sekolah baru menggelupur nak vir4l. What goes around comes around… baru tahukan macam mana perasaan anak sendiri kena buli?” luahnya.
Pelayar wanita itu mend4kwa, kejadian buli tersebut berlaku semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlangsung.
Disebabkan itu, dia tidak memanjangkan cerita dan enggan meneruskan tindakan perundangan serta k3s akhirnya ditutup.
“Tak ada ‘tea’ sebab ni k3s masa zaman I sekolah menengah dulu. Pernah jadi kes p0lis tapi dah tutup dan tak nak panjangkan cerita sebab kesian masa tu semua tengah SPM.
“Best kan buli orang semasa tengah SPM? Masa tu pun I masih kesian walaupun dah dibuli, biasalah budak-budak gaduh.
“Sampai sekarang tak ada minta maaf, ada pun seorang saja, yang lain haprak tak ada,” tambahnya lagi.
Pendedahan yang dibuat wanita itu menyebabkan beberapa lagi rakan pelayar tampil memberikan komen.
Melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan, segelintir daripada mereka dipercayai terdiri daripada rakan wanita itu sendiri kerana mereka mengetahui tentang kes buli tersebut.
“Wei ingat lagi pasal ni. Adik dia kena buli? Karmalah tu… elok sangat.
“Makcik yang samakah?
Nampak budak kena lempang tu bukan kena buli tapi dia buli salah orang.
“Yang mana satu buli you? Siblings nombor satu atau dua,” ujar beberapa pelayar lagi.
Malah katanya, jika dibongkarkan kembali kisah silam, pasti ramai yang mendedahkan pernah menjadi mangsa buli.
“Adik dia yang kena lempang tu, tau pula satu keluarga gelabah nak viralkan… dulu masa dia dan geng buli aku, bukan main maknya.
“Kalau orang buka cerita, berapa ramai anak dia buli orang,” kongsinya lagi.
Perkongsiannya itu membuatkan warga maya terkejut.
“Rupanya satu keluarga pembuli… apabila kena buli, mengadu nak viral sana sini.
“Padanlah adik begitu, keluarga pun enabler. Bukan nak admit anak pun salah sebar gambar orang buat bahan.
“Kemudian kakak dia sibuk viral adik kena lempang? Patutnya lempang kakak dia sebab buli orang dulu.
“Nampak budak kena lempang tu bukan kena buli tapi dia buli salah orang. Dia pun ada ciri-ciri pembuli tu, post gambar orang sesuka hati tanpa kebenaran… nasiblah kena budak gangster,” demikian komen beberapa warga maya.
Terdahulu, wanita dipercayai penjaga kepada seorang pelajar sekolah menengah mendedahkan rakaman video tersembunyi menunjukkan satu insiden buli.
Menerusi video itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar perempuan dilihat ditampar beberapa kali oleh rakannya.
Difahamkan pertengkaran berpunca daripada mangsa yang memuat naik gambar pelaku yang memalukan di platform TikT0k.
Video tersebut juga menunjukkan pelaku memeriksa telefon pintar mangsa ketika di dalam bilik darjah dan bertanyakan secara kasar dari mana mngsa mendapat gambar wajahnya itu.
Sumber:HM