“Sampah Bagi Kita , Permata Untuk Orang Lain” Seorang Wanita Kutip Mainan Terbuang Buat Ramai Tersentuh

Kebiasaan barang mainan yang sudah rosak atau tidak cukup ‘sifat’ akan dibuang begitu sahaja kerana ia hanya memenuhkan ruang di rumah.

Namun tanpa diduga, sebenarnya masih ada pihak melihat barang mainan yang dibuang itu sebagai rezeki kerana ia boleh dibaiki atau dicuci agar kelihatan seperti baharu.

Perkara itu disaksikan sendiri pemuda ini apabila melihat seorang wanita dipercayai pekerja pembersihan di kawasan tempat tinggalnya mengutip mainan yang dibuang di tempat pembuangan sampah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikT0k menggunakan akaun @Azzx970, pemuda itu mengakui tersentuh hati tatkala melihat momen berkenaan.

“Gembira terletak di mana kita bersyukur apa yang ada,” ujarnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan, kelihatan seorang wanita sedang duduk mencangkung sambil mengelas longgokan mainan lama di depannya.

Turut kelihatan ialah rakannya yang bertind4k menyapu bahagian mainan yang betul-betul rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

“Pagi ini nak sidai kain tersentuh hati tengok mereka pilih mainan dari tong sampah,” kata pemuda itu lagi.

ituasi yang disaksikan pemuda itu membuatkan dia terfikir sejenak tentang sikap segelintir pihak dalam masyarakat.

“Orang kaya, kita buang la mainan lama ni nak (anak)… nanti kita beli baru.

“Orang sus4h, mainan elok lagi ni. Bawa balik rumah bagi anak-anak mesti mereka seronok,” tulisnya pada video.

Apa yang masih boleh digunakan biasanya saya asingkan dalam beg plastik warna jernih.

Video ketekunan wanita berkenaan mengasingkan mainan ternyata meraih perhatian netizen.

Rata-ratanya turut menceritakan pengalaman mereka serta meluahkan rasa bersalah kerana kerap membuang barang masih boleh digunakan.

“Mak saya pernah kerja cleaner dekat sekolah. Jimat betul. Banyak barang sekolah yang dibuang mak saya kutip. Kami tak payah beli.

“Saya pun selalu buang barang seperti baju, mekap dan set penjagaan kulit sebab tak tahu nak bagi siapa.

“Bukannya nak buang sangat kadang tu. Tapi tak tahu nak bagi siapa. Jalan penyelesaiannya letak saja dekat dalam tong sampah. Siapa nak… ambil saja,” komen beberapa netizen.

Sementara itu ada juga dalam kalangan netizen memberikan cadangan kepada orang ramai agar mengasingkan barang yang ingin dibuang tetapi masih boleh digunakan.

“Apa yang masih boleh digunakan biasanya saya asingkan dalam beg plastik warna jernih supaya boleh nampak (isi dalam).

“Sampah bagi kita tapi intan permata bagi orang lain,” ujar mereka lagi.

Sumber:TT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *