Sambut Malam Tahun Baru Cina Tanpa Suami , Pelakon Angeline Tan Syukur Murah Rezeki Sejak Kahwin

Angeline Tan tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama Sabri Yunus kerana suaminya itu sibuk dengan urusan kerja.

Angeline atau Ardini Angeline Tan, 57, bagaimanapun tetap bersyukur kerana suaminya itu diberikan rezeki tidak putus-putus selepas mereka mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

“Tahun ini abang Sabri ada kerja jadi tak dapat sambut Tahun Baru Cina kali pertama bersama suami… nak buat macam mana dia kerja oustation.

“Tak apa itu (kerja) juga rezeki Allah. Apa pun kita kena fikir positif kerana permulaan tahun dia banyak terima tawaran kerja maknanya sepanjang tahun akan ada rezeki buat kami.

“Walaupun abang kerja luar tapi sekarang mudah boleh guna sosial media dan sambutan ini selama 15 hari, jadi tak ada masalah tunggu abang balik kerja dan kami akan makan besar sekali,” kata Angeline .

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *