Sambung Master Semasa Anak Baru Usia 4 Bulan, Dhaniyah Guna Pengaruh Anak Selebriti Cetus Inspirasi

Anak perempuan kepada pelakon Didie Alias dan Ridzuan Hashim ini memang superwoman. Selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 22 Februari lalu,

Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan meluahkan rasa syukur atas kehadiran puteri comel berkenaan yang menyerikan lagi rumah tangganya di samping suami tercinta, Razi Shahriman.

Terdahulu, Dhaniyah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Seth Shahriman yang kini berusia lima tahun dan Suri Shahriman berumur tiga tahun.

Mesra menyambut panggilan penulis, ibu berusia 30 tahun ini dalam temu bual bersama Nona terbuka berkongsi momen kelahiran anak ketiga.

“Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ketika dalam labour room nak deliver baby seberat 3.8 kg secara normal tanpa sebarang bantuan seperti pain killer atau pun epidural.

Berbanding kelahiran sebelum ini, anak ketiga inilah baby paling ‘semangat’ antara abang dan kakak dia.”

Menariknya, Dhaniyah dan suami menamakan bayi comel mereka ‘Senja Shahriman’. Klasik sangat nama anak!

Ditanya dari mana dapat idea nama tersebut, ini jawapan Dhaniyah. “Saya dan suami dapat inspirasi daripada suasana senja ketika kami di pulau. Tiada yang tersirat selain daripada agungnya kami kepada ciptaan Allah.

Dan kami memang mahukan sesuatu nama yang klasik dan senang disebut. Sama seperti nama anak kami Seth dan Suri.”

Turut gembira dan syukur dengan kehadiran Senja pastinya Didie Alias sebagai nenek yang berpeluang menimang cucu kesayangan. Dedah Dhaniyah,

walau ibunya sibuk dengan jadual penggambaran yang padat setiap hari namun aktres tersebut tetap meluangkan masa melawat cucu.

“Dalam kesibukan dia shooting drama untuk bulan puasa ni, dia tetap excited timang cucu lagi sekali. Dia juga luangkan masa dia yang sangat terhad untuk berjumpa dengan cucu walaupun sekejap.”

Dhaniyah yang merupakan graduan Master in Visual Communication and New Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergelar suri rumah sepenuh masa selain turut aktif sebagai digital creator.

“Alhamdulillah kerja-kerja kami suami isteri banyak yang ‘work from home’ dan untuk saya pula boleh work anytime. Kami uruskan anak-anak sendiri tanpa bantuan maid.

Dari urusan kerja suami sehinggalah sekolah anak, saya sama-sama bantu dalam rumah tangga kami.”

Memiliki hampir 40 ribu followers di Instagram dan bergelar Influencer, Dhaniyah ketika diaju status sebagai anak selebriti yang membolehkan dia meraih

populariti dan dikenali ramai menganggap ia satu bonus buat dirinya dalam masa sama berusaha menggunakan pengaruh yang ada ke arah kebaikan.

Antaranya memanfaatkan ia dengan infomasi berkaitan ilmu keibubapaan dan tip kecantikan kepada umum.

“Sebenarnya itu dah menjadi satu kelebihan untuk anak-anak artis berada dalam platform dan exposure seperti ini. Cuma yang membezakan adalah cara kita ‘influence’ netizen atau followers kita ke arah yang macam mana.

Macam saya sendiri, saya lebih kepada sharing tentang lifestyle saya, motherhood dan beauty. Saya akan gunakan pengaruh saya dengan share apa yang saya sendiri experience dan gunakan serta boleh beri galakan untuk audience saya.

Sebagai contoh, macam mana saya boleh belajar sambil menguruskan anak pada masa yang sama. Tip-tip itu yang akan saya kongsikan dengan followers.”

Bercerita lanjut pengalaman sewaktu menyambung pengajian, Dhaniyah yang ketika itu sudah pun mempunyai dua anak kecil sanggup bersengkang mata demi menggenggam Master

“Ketika sambung Master, suami yang paling banyak beri dorongan untuk teruskan study dalam keadaan anak saya yang baru berumur 4 bulan ketika itu.

Sejujurnya impian saya untuk sambung Master untuk bergelar seorang pensyarah kerana minat saya dalam mengajar dan belajar.

Saya susun sehabis baik jadual saya supaya tiada satu waktu pun yang terluang tu dibazirkan. Habis class je saya akan bergegas balik ke rumah untuk uruskan anak. Malam saya akan habiskan masa untuk siapkan assignment.”

Tambahnya lagi, “Saya sangat berterima kasih kepada mertua saya yang sama-sama bantu untuk tengokkan anak ketika saya ke kelas. Dan kawan-kawan yang sama-sama faham dengan keadaan saya yang kena uruskan anak kecil waktu itu.”

Masih simpan hasrat untuk memiliki Ijazah Doktor Falsafah kelak, Dhaniyah akui terpaksa tangguh niat tersebut demi membesarkan anak-anak terlebih dahulu.

“Perancangan itu ada tapi bukan buat masa terdekat. Mungkin bila anak-anak dah sekolah atau tamat sekolah. Saya masih pasang impian untuk bergelar Dr.

Walaupun bukan dalam bidang yang saya dapat ceburi, namun ia satu kepuasan untuk diri sendiri dan pada masa yang sama saya nak jadikan cerita saya satu inspirasi buat anak-anak saya untuk teruskan mengejar impian mereka nanti.”

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *