Sertai misi MALBATT 850-12, anak sebak saat disuap nasi lemak sambal udang bapa sebelum berpisah

Reaksi seorang anak sebak saat disuap nasi lemak sambal udang oleh bapanya sebelum pergi menabur bakti dengan menyertai Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT 850-12) membuatkan ramai turut merasai kesedihan.

Menerusi hantaran video berdurasi empat puluh dua saat itu, dilihat seorang bapa sedang menyuap anak bongsu perempuanya sambil diperhatikan oleh isteri.

Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh apabila anggota wanita MALBATT 850-12 itu tidak dapat menahan sebak lalu menyeka air mata selepas bapanya menyuap nasi lemak sambal udang kepadanya.

Menurut si kakak, dia hanya sekadar berkongsi momen adik bongsunya bersama ibu bapa, lebih-lebih lagi sambal udang merupakan makanan kegemarannya.

Dia dikenali Farah Radzi menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti mendoakan keselamatan adik bongsunya.

“Alhamdulillah, suapan nasi lemak sambal udang, ayah mak untuk anak bongsunya.

“Jumpa lain hari pula,”tulisnya ringkas di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Pada 18 November lalu, kumpulan keempat MALBATT 850-12 (Kontinjen Malaysian Battalion) berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kontinjen MALBATT 850-12 secara keseluruhannya berkekuatan 854 anggota, terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP, termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.

Bagi memastikan kelancaran misi, semua anggota kontinjen MALBATT 850-12 telah menjalani latihan intensif, selain persiapan ment4l dan fizikal sebelum diaturgerakkan.

Sumber: hm