Tak kira bngsa, Sam Lim tawar RM5,000 bawa kontena, hantar bantuan banjir ke Kelantan

Sam Lim tawar RM5,000 kepada se0rang individu untuk membawa kontena ‘Janji Kotak Tak Kosong’ miliknya sehingga menarik perhatian ramai.

Lelaki berbangsa Cina berusia 31 tahun itu berkata, dia akan memberikan sejumlah wang bernilai RM5,000 sekiranya individu berkenaan membawa barangan bantuan banjir ke Kelantan.

“Tolong I bawa (lori kontena) boleh? You tolong bawa I punya kontena sampai Kelantan bersama rakan sekerja I, dua orang. Boleh tak?”tanya Sam Lim kepada seorang lelaki.

Dalam video berdurasi tiga minit 13 saat, dia turut menawarkan beberapa keping nota RM50 sebagai ‘tips’ kepada individu berkenaan kerana sudi membawa kontenanya.

Malah, turut kelihatan beberapa barangan makanan dan keperluan yang akan diberikan kepada mangsa-mangsa terjejas banjir di negeri Pantai Timur itu.

Antaranya adalah seperti mi segera, air minuman, lampin pakai buang, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Difahamkan, lori kontena berkenaan telahpun tiba di lokasi sasaran dan Sam Lim juga berkongsi di Instagram Story miliknya, sebentar tadi.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata turut memuji tindakan pempengaruh itu memberi bantuan kepada mangsa-mangsa terjejas.

Malah, mereka juga tidak henti berterima kasih kepada Sam Lim dan rakan-rakan kerana menghulurkan bantuan walaupun berlainan agama dan bngsa.

Sumber:hm