Salam Tkziah , Speaker Pahang Sahkan ADUN Pelangai , Johari Harun Terk0rban Dalam Nahas Pesawat Ringan.

Sebelum ini, media melap0rkan Exco Negeri Pahang merupakan salah seorang individu terk0rban dalam nahas pesawat ringan terhempas di Lebuh Raya Guthrie berhampiran Elmina, Denai Alam, hari ini.

Speaker Pahang sah ADUN Pelangai maut dalam nahas

Terbaharu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. 

Sharkar Shamsudin mengesahkan Exco Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara mngsa nahas.

Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di platform Fb sebentar tadi berserta beberapa foto mereka berdua.

“Berita yang menyedihkan, Johari Harun, Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai telah kembali ke rahmatullah.

“Terlibat dalam pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Semoga roh Allahy4rham dicucuri rahmat,” coretnya.

Baru je jumpa dua hari lepas…

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman turut mengesahkan berita sedih itu dan meluahkan  rasa seb4k apabila menerima khabar dvka mengenai rakan p0litiknya.

Apa yang lebih meruntunkan hati adalah beliau baru sahaja berjumpa dengan Allahy4rham pada dua hari lepas bagi membincangkan berkenaan projek pembangunan dia kedua-dua kawasan pentadbiran mereka.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.

“Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahy4rham YB (Yang Berhormat) Dato’ Sri Johari Harun, Exco Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahy4rham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak. AlFatihah,”tulisnya.

Sumber: FB Young Syefura Othman, Mohd Sharkar Shamsudin,omm