Sahabat Titip Doa Pemergian Peserta Ironman , Mui Mahmud 2 Minggu Menjelang Hari Lahir “Dia Tak Pernah Lupa Ucap Happy Birthday”

Peserta kejohanan triathlon Ironman Langkawi Malaysia, Muhaini Mahmud, 44, mninggal dunia di Hspital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, Kedah, petang Ahad.

Muhaini yang juga pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, dikejarkan ke HSM selepas hampir lemas ketika mengambil bahagian dalam disiplin renang pada pagi tersebut.

Allahy4rhamah yang lebih dikenali sebagai Mui, kemudian dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Berita kematian Muhaini turut dikongsikan sahabatnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di laman sosi4l.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. See you when I see you Mui.

“Saya kehilangan seorang sahabat baik yang tak pernah terlupa ucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ setiap tahun. Hari jadi saya (tahun ni) hanya lagi dua minggu!

“Kita kan dah janji nak makan-makan untuk raikan 45 tahun pencapaian hebat (hot) kita. Allah lebih sayangkan kamu, Mui. Semoga kamu berehat dengan tenang di taman-taman syurga, kesayangan kami Mui,” tulisnya.

Hantaran mengenai perkhabaran duka yang dibuat Nurulhidayah mengenai sahabatnya turut mendapat respons orang ramai yang menitipkan doa buat arwh.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan Allahyarhamah mninggal dunia di HSM pada petang Ahad.

Sumber:Mstar , Hm