Sah Rangka Manusia Yang Ditemukan Di Rumah Terbiar Milik Bella

R4ngka manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor pada Jumaat lalu sah milik Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32.

Perkara itu disahkan oleh p0lis setelah hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan didapati sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Menurut Ketua P0lis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, sampel patalogi r4ngka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimi4 Johor pada 21 Januari lalu telah diperolehi pada Selasa.

“Pihak p0lis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut myat (r4ngka) di Hspital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Jelas Ismail, kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pend4kwaan Negeri dan telah mendapat arahan sal4h seorang susp3k iaitu suspek utama untuk ditudvh kerana membunvh.

Katanya, pertuduh4n akan dibuat di Mahk4mah Majistret Batu Pahat mengikut S3ksyen 302 Kanun Kes3ksaan pukul 9 pagi Rabu.

Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal kepada dua anak itu dilap0rkan hilang selepas tidak dapat dihubungi.

Susulan kejadian, ahli keluarganya membuat dua lap0ran polis iaitu pada 16 dan 18 Disember.

Bella dikatakan berada di dalam kereta teman lelakinya pada pukul 11.50 malam dan memakai pakaian batik untuk pergi ke kedai dobi berhampiran sebelum dia dilap0rkan hilang.

Tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella telah ditahan sebelum sal4h seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia pada petang Jumaat.

Sumber:HM,Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *