Sabri Yunus Cerita Pengalaman Umrah Bersama Isteri , Angeline Tan Mengalir Air Mata Dan Sempat Bisik “Terima Kasih Abang”

Pelawak dan pelak0n Sabri Yunus bersyukur ibadah umrah dilakukan bersama isteri iaitu Angeline Tan kali ini meninggalkan seribu kenangan buat dirinya.

Gembira kerana dapat beribadat bersama isteri tercinta, Sabri atau Mohd Sabri Yunus, 62, mengakui memikul t4nggungjawab berat kerana membawa se0rang saudara baharu ke Tanah Suci Makkah.

“Tahun 2009 saya pergi sendiri tapi kali ini lain pula apabila pergi bersama isteri, tambahan pula isteri saya seorang mualaf yang baru saja memeluk Islam tiga bulan lalu.

“Dia pergi tu dalam keadaan kosong tetapi dia sangat bersemangat untuk berada di sana, ia membuatkan saya sangat beruntung serta bertuah kerana dalam waktu singkat dia dapat melihat betapa besarnya Islam.

“Waktu berada di sana saya sempat rakam dia (isteri) mengalirkan air mata, dia cakap serta bisik… terima kasih abang kerana membawa Islam kepada dia,” kata Sabri .

Sumber:HM , Mstar