Rupanya Nenek Usia 107 Tahun Ini Ialah Srikandi Zaman Mat kilau ,Pernah Jadi Guru Silat .

 

Usianya sudah menjangkau 107 tahun, namun lagaknya cukup linc4h seperti orang muda.

Manakan tid4k, sekali dia buka ‘bunga silat’, sama sekali tidak menyangka aksi tersebut dilakukan oleh seorang wrga emas yang berusia lebih satu abad.

V1deo yang merak4mkan gelagatnya itu meraih lebih dua juta tontonan di TikT0k yang rata-ratanya kagum dengan tenaganya.

Di sebalik wajah yang redup itu, wanita dikenali sebagai Bonda Moksu berkenaan sebenarnya merupakan seorang guru sil4t ketika zaman mudanya.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak angkatnya yang mahu dikenali sebagai Habib Ahmad berkata, dia mula berguru dengan Bonda Moksu sejak umurnya 14 tahun.

“Saya dan adik lelaki dijadikan anak angkat kepada Bonda Moksu. Sejak itu kami belajar silat dengan Bonda.

“Bonda beritahu dia mendalami ilmu persilatan sejak zaman mudanya. Dia sezaman dengan Mat Kilau.

“Sekarang, sesekali apabila berkumpul dengan anak-anak muridnya seperti dalam v1deo, dia akan bercerita siap tunjuk pergerakan silat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bonda Moksu bersama cucu.

Habib Ahmad yang berusia 50 tahun berkata, Bonda Moksu begitu disegani di kampung halamannya di Kampung Pulau Gajah dekat Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Bonda Moksu sangat sporting. Dia tid4k seperti sesetengah orang tua yang pandang n3gatif terhadap orang-orang muda atau beri penekanan terhadap gol0ngan muda secara drastik.

“Dia ada kaedah lain yang lebih berhasil dalam mendekati anak-anak muda. Tiada percakapan atau pergaulan yang k4sar. Dia akan gunakan pendekatan secara kerohanian,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.

Menurut bapa kepada 11 anak itu, Bonda Moksu juga mempunyai kelebihan daripada segi penyampaian dan penceritaannya yang cukup menarik perh4tian.

“Setiap kali Bonda Moksu bercerita, caranya bercakap macam slide show. Penceritaannya membuatkan semua orang mudah untuk faham.

“Kalau ada lidi ada depan mata, benda itupun dia akan jadikannya sebagai sampel untuk beri penerangan,” katanya yang merupakan konsultan di sebuah firma perundangan.

Bonda Moksu begitu sentiasa mengingatkan, terutama pesanannya adalah tinggalkan yang Tuhan tegah, buat apa yang Tuhan suruh.

Jelas Habib Ahmad lagi, selain p4kar dalam persilatan, Bonda Moksu juga berpengalaman sebagai guru agama yang mengajar anak-anak muda belajar membaca al-Quran.

“Bonda Moksu juga berpengalaman dalam perub4tan tradisi0nal dan hal-hal berkaitan dengan mistik.

“Bonda Moksu sentiasa mengingatkan bahawa dia hanya berikhti4r dan kesembuhan daripada Yang Maha Esa,” katanya sambil menambah wanita itu menghabiskan masa lapang di rumah dengan membaca al-Quran.

Meskipun nampak tegas, Bonda Moksu begitu penyayang.

Meskipun meniti usia emas, kudrat Bonda Moksu atau turut dikenali sebagai Zaharah tetap kuat untuk menjaga kebersihan di kediamannya.

“Kalau tengok persekitaran rumah dia, orang akan fikir macam ada dua tukang kebun. Sus4h nak tengok daun kering bersepah di halaman rumah, dia yang sapu semuanya.

“Sebagai guru, dia memang garang tapi dia ada naluri keibuannya. Banyak perkara seperti r4hsia dan masalah saya dikongsi dengan Bonda Moksu, selesa berkongsi dengannya.

“Bonda Moksu begitu mengambil berat dan sentiasa mengingatkan, terutama pesanannya adalah tinggalkan yang Tuhan tegah, buat apa yang Tuhan suruh,” kata Habib Ahmad.

Sumber:Hm