Rupa Paras Dih1na , Mimi Peri Anggap Net1zen Hanya Bergurau , Impian Bergambar Depan KLCC Akhirnya Tercapai.
Personaliti media sosi4l dari Indonesia iaitu Mimi Peri tidak pernah berniat untuk melakukan pemb3dahan pada wajah meskipun rupa parasnya sering menjadi topik bualan net1zen.
Tidak ambil hati dengan komen ditulis net1zen, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, menganggap kata-kata berbaur hinaan yang dilemparkan itu hanyalah gurauan semata-mata.
Malah, personaliti media sosi4l ini juga menegaskan dia bersyukur dengan dirinya dan sama sekali tidak akan melakukan sebarang perubahan pada wajah atau tubuhnya.
Mimi tidak mempedulikan kata-kata net1zen.
“Bagi saya pembenci (haters) itu hanya mahu bergurau sebagai hiburan, jadi biasalah kalau mereka tulis sesuatu sehingga mengh1na orang lain.
“Tapi sejujurnya saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah mencipta saya seperti ini. Saya tidak pernah berniat untuk membuat pembed4han wajah walaupun sudah kaya nanti.
“Dengan muka seperti ini sahaja saya sudah diterima berlak0n filem, kenapa harus saya berubah.
“Kamu (wartawan) setuju ke kalau saya membuat pembed4han? Tidakkan? Jadi saya bersyukur dengan diri saya seadanya,” katanya kepada mStar.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara, Selangor pada malam Jumaat.
Dengan muka seperti ini sahaja saya sudah diterima berlakon filem, kenapa harus saya berubah.
Kejayaan Mimi membintangi filem Mat Tudung Begins arahan pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan net1zen.
Kata Mimi, dia menyedari dirinya mungkin tidak diterima di Malaysia memandangkan personalitinya yang agak lembut.
“Sebelum ini ramai yang tidak percaya dan memandang rendah kepada saya. Ada juga yang mengatakan tidak mungkin lelaki lembut seperti saya diterima di Malaysia.
“Saya hanya meletakkan kepercayaan kepada Fizz kerana saya tahu dia adalah orang yang baik.
Mimi membintangi filem Mat Tudung Begins.
“Jika kita melayan… mereka (net1zen) makin bertambah suka jadi sekiranya saya dih1na untuk membahagiakan mereka, tak apa la,” ujarnya.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Mimi berkata impiannya untuk mengunjungi Menara Berkembar Petronas (KLCC) akhirnya tercapai.
Justeru itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Fizz kerana memberikan peluang ini sekaligus dapat merealisasikan impiannya itu.
Mimi ucap terima kasih kepada Fizz Fairuz kerana merealisasikan impiannya untuk berkunjung ke KL.
“Impian saya memang mahu menjejakkan kaki di Menara Berkembar (KLCC) kerana sebelum ini saya hanya lihat di televisyen.
“Jadi kali ini Alhamdulillah saya sudah datang sendiri melihat menara tersebut dan bergambar di sana.
“Saya berterima kasih kepada Fizz kerana dengan membintangi filem Mat Tudung Begins, saya juga berpeluang untuk berkunjung ke Malaysia,” jelasnya.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan, Mimi memberitahu dia terbuka untuk menimba pengalaman baru lebih-lebih lagi dapat bekerjasama bersama pelakon Malaysia.
Malah, dia terk3jut dengan penerimaan peminat di negara ini yang memberikan layanan cukup baik.
“Saya rasa seperti bermimpi. Pada awalnya saya tidak menyangka Mimi Peri mampu berlakon di Malaysia.
“Saya menerima tawaran ini kerana mahu menimba pengalaman baharu dan dapat bergandingan bersama pelakon-pelakon di Malaysia.
“Saya senang sekali apabila ramai juga peminat di sini yang mahu mengambil gambar bersama saya… sejujurnya saya tidak pernah ke mana-mana selain di kampung sendiri,” katanya.
Selain Mimi, Mat Tudung Begins dibintangi barisan pelakon popular termasuk Fizz Fairuz, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Ahmad Daud.
Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.
Sumber:mstar