Rumah Untuk Kedua Ibu Bapa Mentua Masih Belum Siap Sepenuhnya , Mark Adam Anggap Diri Gagal Tapi Tidak Akan Berputus Asa.
Penyanyi Mark Adam sedih apabila rumah yang dijanjikan untuk kedua ibu bapa mentuanya masih belum dapat disiapkan seperi dijadualkan.
Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 44, menganggap dia seorang yang gagal lantaran hasrat mendiami kediaman tersebut pada sambutan Aidilfitri lalu tidak kesampaian.
“Saya gagal kali ini tapi saya reda dan tidak berputus asa. Rezeki milik Allah. Saya beruntung dapat mentua yang cukup penyabar.
“Ini keluarga saya. Saya akan kuatkan diri dalam apa sahaja keadaan. Saya janji akan siapkan rumah untuk mak dan abah di masa akan datang.
Mark gigih menyiapkan bapa mentuanya sebelum membawanya melawat tapak rumah baharu mereka.
“Saya akan berusaha mencari rezeki yang halal dan tidak akan berputus asa untuk siapkan rumah,” katanya.
Mark menulis luahan tersebut menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya pada Selasa.
Menerusi hantaran tersebut dia turut membuat naik video membawa kedua ibu bapa mentuanya itu melihat keadaan rumah yang masih dalam proses pembinaan.
Dalam video berkenaan, Mark juga dilihat menyiapkan bapa mentuanya yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Tambah penyanyi lagu Marry Me ini, hatinya cukup sayu setiap kali bertemu ibu bapa mentuanya.
“Setiap kali mak dan abah minta pulang ke rumah asal mereka, hati saya akan pecah. Saya tahu mereka sedih walau tak tunjuk.
Mark berjanji akan berusaha keras untuk menyiapkan rumah tersebut.
“Bukan senang nak jadi ketua keluarga, tambahan pula ada tiga ke empat keluarga yang kena jaga. Saya terima… Selain penghibur inilah agaknya tujuan saya hidup dalam dunia,” ujarnya.
Rumah untuk kedua ibu bapa mentuanya itu masih belum disiapkan susulan kontraktor melarikan diri pada Februari lalu walaupun sudah menerima bayaran penuh.
Disebabkan kejadian itu Mark memberitahu dia terpaksa melakukan kerja-kerja permbinaan sendiri secara berperingkat.
Sumber:mstar