Rita Sosilawati Meluahkan Rasa Syukur , Meriah Susu Badan Siap Bagi Pada Wanita Lain.

Usahawan k0smetik popular, Rita Sosilawati atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari melu4hkan rasa syukur apabila diberikan rezeki kaya dengan susu badan yang membolehkan dirinya berkongsi rezeki dengan wanita lain di luar sana.

Rita syukur meriah susu badan

Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikT0k, Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi dengan stok susu badan.

Malah, turut kelihatan seorang wanita yang dilihat sedang mengambil stok susu tersebut lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg.

“Alhamdulillah, rezeki anakku dan anak susuan.

“Akak (Rita) beri satu freezer ini hanya untuk susu sahaja. Susu I ya, susu I bagi kat anak susuan I, ya. 

Siap berkongsi dengan anak susuan

 Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahy4rham Datuk Sosilawati Lawiya berharap agar ibu bertuah tidak membazir rezeki susu badannya dan boleh datang ‘restock’.

“Kena habiskan minum ya. Satu beg ini tak cukup (sambil tunjuk). Habiskan ya, tolong habiskan ya. Lepas tu nanti ambil lagi,”ujarnya sambil menunjukkan peti sejuk yang dipenuhi stok susu badan.

Rezeki, masih ada stok susu dalam freezer lain

Dalam pada itu, usahawan berusia 33 tahun turut mended4hkan dirinya mempunyai stok susu badan dalam peti sejuk beku lain apabila diseloroh dan dikatakan mempunyai bekalan untuk setahun.

“Freezer atas ada lagi. Freezer atas tu dah penuh, tak muat. Rezeki, Alhamdulillah,”dedahnya.

Ini baru betul jadi ikon!

Rata-rata wargnet turut tumpang gembira dan bersyukur atas perkongsian rezeki daripada Rita kepada wanita lain yang memerlukan.  Malah, mereka juga meluahkan pandangan dan bersetuju sekiranya usahawan terbabit din0batkan sebagai Ikon Penyusuan.

Kena buat senarai nama anak susuan ni

Selain itu, mereka juga memberi cadangan dan meminta agar Rita mula membuat senarai nama anak susuannya kerana ia secara tidak langsung dianggap sebagai mahram kepada ibu susuan.

Mereka juga tidak wajib menutup aur4t di hadapan satu sama lain dan juga tidak boleh berkahwin sesama sendiri terutama anak kandung ibu susuan.

Apa amalan dan pemakanan sampai banyak susu badan?

Mereka turut mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai amalan dan corak pemakanan yang diamalkan oleh Rita sehingga mampu menghasilkan susu badan yang banyak.

Sumber: TikT0k @ritasosilawati